EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Viral Video Salah Parking Di TikTok, Neeta Telah Buat Laporan Polis

0 month ago, 09-Jun-2021

Penyanyi Neeta Manishaa telah membuat satu laporan polis terhadap seorang individu berkenaan sebuah video salah parking yang membabitkan dirinya sehingga menjadi viral di TikTok.

Ketua Pemasaran Dan Promosi Nar Records Sdn Bhd, Becky Zulkepli berkata, individu berkenaan memuat naik satu klip yang diambil dari salah satu program telivisyen yang sedang ditayangkan dengan tajuk SALAH PARKING di aplikasi TikTok.

Pihak pengurusan Neeta Manishaa, NAR Records telah mengambil tindakan meminta Neeta utk membuat satu laporan polis terhadap kes tersebut. Video itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti dan maruah Neeta sebagai wanita.

Dengan niat atau tujuan apa individu terbabit masih tidak dapat di pastikan kerana usaha untuk menghubungi individu tersebut gagal kerana beliau tidak memberi maklum balas tentang isu ini, ujar kenyataan berkenaan.

Menurutnya, sehingga pukul 10.00 malam tadi, masih belum ada balasan dan video tersebut masih belum di padamkan seolah-olah individu tersebut tidak mengambil peduli langsung dengan kejadian ini.

Jelasnya lagi, pihak pengurusan menyelar perbuatan tersebut dan kerana video yang sengaja di muat naik itu mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota tubuh penyanyi berkenaan.

Neeta sendiri merasa sangat terkilan dan tujuan Neeta mengambil keputusan untuk membuat laporan polis juga atas desakan pengurusan dan bukanlah ingin memperbesarkan isu.

Bukan ingin mengadu domba tapi agar individu itu dan sesiapa saja pengguna media sosial dapat menggunakan media sosial dengan betul bukan untuk mengecam, body shaming dan membuat buli cyber di mana itu adalah satu kesalahan di bawah akta SKMM, jelasnya.

Pihak pengurusan NAR Records sekali lagi dengan sekeras-kerasnya menyelar tindakan individu itu dan akan meneruskan tindakan selanjutnya. KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...