www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


#viral dera anak tiri berbogel depan rumah

0 month ago, 15-May-2019




KANAK-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai dihukum secara melampau oleh bapa tirinya dengan dipaksa berbogel di hadapan rumah sambil diugut dipukul dengan penyapu di Jalan Kampung Koboi, Taman Doven, Sungai Siput, semalam.

Keadaan dialami kanak-kanak terbabit tersebar melalui rakaman video berdurasi 9 minit 33 saat yang tular di media sosial sejak semalam sebelum ibu saudara mangsa membuat laporan polis.


Berdasarkan rakaman video itu, lelaki yang dipercayai bapa tiri kanak-kanak itu dilihat seperti menghukum mangsa yang dalam keadaan berbogel dan berlutut atas lantai dengan kedua-dua tangannya diangkat ke atas.


Lelaki berkenaan juga dirakam mengacah menghayunkan penyapu dan objek seperti rotan dalam keadaan marah serta seolah-olah ingin memukul mangsa yang kelihatan takut serta menangis.


Polis akan memanggil seorang lelaki berkenaan bagi memberi keterangan berhubung satu video tular yang memaparkan dirinya mendera seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan berbogel di Jalan Kampung Koboi, Taman Doven di sini semalam.



SUMBER : penangkini.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts