EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Vincent Tan lepaskan jawatan pengerusi eksekutif

0 month ago, 06-Apr-2021


KUALA LUMPUR Pengerusi Eksekutif Berjaya Corp Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun hari ini mengumumkan pengundurannya daripada jawatan eksekutif berkuatkuasa serta merta.

BCorp dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, beliau akan kekal sebagai pengerusi bukan eksekutif.

Langkah berkenaan bertujuan memberikan laluan kepada syarikat untuk diurus secara profesional terutamanya dengan pelantikan Abdul Jalil Abdul Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BCorp pada 16 Mac lalu.

Abdul Jalil yang diberikan mandat untuk menjadikan kumpulan itu sebagai sebuah organisasi yang berprestasi tinggi, akan mengendalikan BCorp termasuk menentukan hala tuju masa depan dengan bersama-sama Timbalan Pengerusi Eksekutif Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching.

Vincent berkata, beliau mahu memberi ruang dan kebebasan kepada Abdul Jalil untuk mengendalikan syarikat dengan caranya sendiri.

Saya telah diberkati dengan kekayaan dan bersyukur kerana diberikan banyak peluang oleh Malaysia . Kini, tiba masanya untuk memberi kembali, kata beliau sememangnya diketahui ramai turut gemar melakukan banyak kerja amal. BebasNews

https://bebasnews.my/?p=58077


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...