EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Villa Kristal (WeTV)

0 month ago, 12-Jan-2022

Villa Kristal

Nantikan siri drama WeTV Original pertama di Malaysia, Villa Kristal dibintangi oleh Mimi Lana, Jasmine Suraya, Mawar Rashid dan Tiz Zaqyah. Sebuah siri drama komedi yang diarah oleh Kabir Bhatia dan Jason Chong. Akan disiarkan secara percuma dan ekslusif di WeTV tidak lama lagi.

WeTV adalah perkhidmatan penstriman yang menyediakan kandungan tempatan video-on-demand (VOD) dan over-the-top (OTT) utama di Asia Tenggara. WeTV dapat dilayari melalui pelantar wetv.vip, atau menerusi aplikasi yang tersedia di Apple Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android.

Villa Kristal

Episod: 13
Tarikh Tayangan: 2022
Rangkaian: WeTV
Penulis Skrip: Nor Hazlin Nor Salam
Pengarah: Kabir Bhatia, Jason Chong
Produksi: Revolution Media Films

Barisan Pelakon
Mimi Lana sebagai Hani
Jasmine Suraya sebagai Angle
Mawar Rashid sebagai Rose
Tiz Zaqyah sebagai Diana
Tony Eusoff sebagai Idris
Alvin Wong sebagai Robin
Nazrief Nazri sebagai Ustaz Adib
Fadlan Hazim sebagai Detektif Isa
Sherry Ibrahim sebagai Ustazah Nur Sakinah
Maria Farida sebagai Shahila
Lee Yvonnez sebagai Jessica

Sinopsis Villa Kristal

Memaparkan kisah kehidupan Hani (Mimi Lana), yang menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil rahsia, drama dan masalah rumah tangga madu-madu dan kekasih-kekasih rahsia VIP terkenal yang mendiami Villa Kristal

Kondominium eksklusif Villa Kristal didiami oleh golongan elit bersama-sama madu dan kekasih rahsia mereka. 

Demi mencari bahan sensasi untuk novelnya, Hani (Mimi Lana), seorang novelis wannabe yang naif mendapat tahu bahawa isteri muda seorang Ustaz terkenal, Rose (Mawar Rashid), merupakan seorang penghuni di sana.

Hani menyamar sebagai seorang menantu ahli politik dan cuba membongkar segala skandal, drama dan masalah rumahtangga Rose dan rakan-rakannya, Angel (Jasmine Suraya Chin) dan Diana (Tiz Zaqyah). 

Melangkah ke dalam dunia Wanita Nombor Dua, Hani terjerumus ke dalam sebuah penyiasatan pembunuhan seorang jutawan hartanah, Idris, (Tony Eusoff) yang telah merubah kehidupannya bersama wanita-wanita lain di Villa Kristal.


SUMBER : myinfotaip.com



Live Website Traffic


loading...