www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Vietnam enggan pandang rendah

0 month ago, 08-Dec-2018


PARK HANG SEOVIETNAM 7 Dis. – Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo berkata, dia tidak memandang rendah keupayaan Malaysia meskipun The Golden Dragons pernah menewaskan Harimau Malaya dalam aksi Kumpulan A Piala AFF, 16 November lalu.




Vietnam sekali lagi bertemu Malaysia di pentas final Piala AFF selepas anak-anak buah Hang-seo menewaskan Filipina di separuh akhir menerusi kemenangan agregat 4-2. Kejayaan tersebut turut menyaksikan Vietnam mara ke final buat kali pertama selepas 10 tahun.

Selepas 10 tahun, kami sekali lagi beraksi dalam final Piala AFF. Kejayaan ini ditujukan kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain kerana beri aksi terbaik.





Walaupun, kami pernah menewaskan Malaysia 2-0 di peringkat kumpulan, Malaysia sebenarnya sudah membuktikan bahawa mereka memiliki ramai penyerang berbahaya. Kami perlu bersedia untuk aksi final ini dengan sebaik mungkin. Semua pemain perlu kekal fokus, kata Hang-seo.

Vietnam menewaskan Filipina 2-1 pada separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, semalam.

Dalam pada itu, Quang Hai, 21, dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan berkata, dia tidak sabar untuk menghadapi Malaysia dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 11 Disember ini. Aksi timbal balik di Stadium Nasional My Dinh pula pada 15 Disember. AGENSI




SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts