EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Vietnam catat kematian ketiga

0 month ago, 01-Aug-2020

Hanoi: Vietnam merekodkan kematian ketiga hari ini akibat Covid-19.

Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19 mengesahkan, mangsa maut yang disahkan positif wabak itu juga mengalami pelbagai komplikasi penyakit lain termasuk barah, diabetes tahap dua dan darah tinggi.

Vietnam News melaporkan, wanita berusia 68 tahun yang menghidap leukemia tahap akhir dirawat di Jabatan Neurologi di Hospital Onkologi Da Nang dan dilaporkan meninggal dunia pada jam 5 pagi di Hospital Kanser Da Nang.

Wanita itu dibenarkan keluar dari hospital pada 23 Julai lalu, namun mula batuk dan demam sebelum dimasukkan kembali ke hospital dan dikuarantin selepas diuji positif Covid-19.

Beberapa hari kemudian, wanita itu mula menunjukkan komplikasi dan sukar bernafas.

Sekitar jam 7 malam pada Jumaat, keadaannya bertambah teruk sebelum diberikan bantuan mesin pernafasan, namun dia tidak mampu bertahan.

Sub Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Pencegahan dan Kawalan Covid-19, Profesor Nguyen Gia Binh mengesahkan, punca kematian wanita itu membabitkan kombinasi kanser, pneumonia dan Covid-19.

Jumaat lalu, dua lelaki berusia 61 dan 70 tahun maut akibat penyakit berkaitan Covid-19.

Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan lima daripada 12 kes baharu yang diumumkan pada Sabtu pagi membabitkan penduduk yang menetap di wilayah tengah Quang Nam.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...