EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

[Video] Aksi Willian vs Fulham: Debut Sempurna Di Mata Arteta

0 month ago, 13-Sep-2020

Pemain baru Arsenal, Willian, tampil dengan debut impian dalam perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris 2020/2021 untuk Arsenal.

Willian menjadi nadi penting Arsenal dalam derbi London berdepan Fulham untuk membantu pasukannya mencetak kemenangan 3-0 di Craven Cottage.

Willian ditandatangani oleh Arsenal secara percuma setelah kontrak beliau dengan Chelsea tamat.

Willian memberi sumbangan besar dalam kemenangan itu. Beliau terlibat secara langsung dan tak langsung dalam kesemua tiga gol yang dijaringkan oleh Alexandre Lacazette (8 ), Gabriel (49) dan Pierre-Emerick Aubameyang (57 ).

Willian has been involved in all three of Arsenals goals against Fulham this afternoon.

Goal #1: Shot saved before Lacazette scored the rebound.
Goal #2: Corner to Gabriel to score.
Goal #3: Cross field ball to Aubameyang to finish off a fine team move.

Welcome to Arsenal. ???? pic.twitter.com/tG2k6YKy2K

afcstuff (@afcstuff) September 12, 2020

Di mana beliau mencipta peluang kepada kesemua gol tersebut, dua daripadanya adalah assist. Tidak hairanlah peminat Arsenal menobatkan beliau sebagai pemain terbaik perlawanan.

You voted him as your man of the match in today's game

congratulations, @WillianBorges88! ????#FULARS pic.twitter.com/in76oam5GD

Arsenal (@Arsenal) September 12, 2020

Lantas Mikel Arteta menghamburkan pujian kepada bekas pemain Chelsea itu.

Itu sangat bagus sekali, kata Arteta sebaik sahaja tamat perlawanan.

Arteta kemudiannya menyatakan dia tidak terkejut dengan persembahan Willian yang lancar itu.

Willian menjadi salah seorang penyerang bertiga bersama dengan Aubameyang dan Lacazette dalam debut beliau.

Di mana, hanya dalam perlawanan pertama sahaja beliau sudah menjadi pencabar tempat dalam kesebelasan utama. Isyarat yang penting buat Nicolas Pepe.

Jelas sekali untuk Willian, dia suda tahu liga ini, negara ini dan sangat mantap di sini jadi saya tahu persembahannya akan terus meningkat, kata Arteta lagi.

Arteta mengakui beliau agak pening untuk memilih siapakah pemain yang patut beraksi kerana kualiti yang beliau miliki di dalam pasukan.

Kami tahu Willian akan memberikan impak segera. Ianya sukar pada ketika ini untuk memilih pemain yang betul untuk bermain di serangan, kerana terlalu banyak persaingan.

Namun ianya akan menaikkan penanda aras pada pasukan.

Mikel Arteta: We knew that Willian was going to give us performances straight away. It's difficult at the moment to pick the right players up front because there is so much competition, but that's going to raise the level of the team. #afc pic.twitter.com/l0KCGtpWDS

DailyAFC (@DailyAFC) September 12, 2020

Arteta kemudian menanggap debut Willian dan juga seorang lagi rakannya dari Brazil iaitu Gabriel Magalhaes sebagai sempurna dan tidak ada yang lebih baik daripada itu.

'It doesn't get much better': Arteta praises Willian and Gabriel after Arsenal win video https://t.co/cSIqlvG7YM

The Guardian (@guardian) September 12, 2020

Saksikan persembahan Willian berhadapan dengan Fulham di sini:

Willian vs Fulham

What a debut???? pic.twitter.com/yy8O95X661

Ulrik (@Ulroud) September 12, 2020

Mikel Arteta pernah menyatakan bahawa impian Willian akan memberikan manfaat kepada pasukannya.

Ini kerana pemain itu jelas sekali ada impian yang sangat besar dalam fasa akhir kariernya.

Willian sebelum ini pernah menyatakan alasan di sebalik keputusan untuk menyertai Arsenal. Pemain Brazil itu mengakui bahawa dia berminat dengan projek Mikel Arteta untuk merangkul gelaran Liga Juara-Juara Eropah di Arsenal.

Arteta on whether Willian will play out wide or as a No.10: "He has played both. I think he can play as an attacking midfielder as well. We can field him in three or four different positions, depending on the formation that we use on the day" #Arsenal pic.twitter.com/4PZYB2d6LX

Gurjit (@GurjitAFC) September 11, 2020

Di mana ketika di Chelsea beliau tidak pernah merangkul piala terbesar dalam kalendar Eropah itu.

Pemain tengah berusia 32 tahun itu telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama Arsenal.

Salah satu sebab saya mahukan kontrak tiga tahun adalah menjadi sebahagian daripada perancangan pasukan ini. Ketika saya bercakap dengan pengurus, dia memberitahu mengapa dia memerlukan saya selama tiga tahun di sini, kata Willian.

Sebagai rekod, Arsenal tidak pernah memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah. Pertandingan Eropah terakhir yang dimenangi Arsenal adalah Piala Pemenang Piala 1993-1994.


SUMBER : axello.net

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...