EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Tiada Lagi Sekatan, Rakyat Malaysia Kini Dibenarkan Rentas Negeri

0 month ago, 10-Oct-2021

Akhirnya terjawab persoalan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, kerajaan kini secara rasminya membenarkan rentas negeri di seluruh negara.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran rentas negeri itu diguna pakai serentak di seluruh negara bermula esok, 11 Oktober 2021. Keputusan itu dibuat setelah kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.

Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memoh0n kebenaran daripada polis bermula esok, katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan platform media sosial petang ini.

VIDEO SIDANG MEDIA:

Selamat pulang dan balik ke kampung halaman rakyat Malaysia! Semoga selamat sampai di destinasi yang ingin dituju. – & video dipetik dari SAYS, Facebook Berita RTM

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...