EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Terpaksa Pulang Untuk Cari Duit, Kisah Pak Cik Ini Lawat Anak Yang K0ma Buat Ramai Sebak

0 month ago, 24-Nov-2021

Jika kita merasa susah, ada lagi orang yang lebih susah dan memerlukan dari kita. Apabila anda sedikit berkemampuan, bantulah mereka yang memerlukan walaupun tidak banyak.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok@wh99z_ telah berk0ngsi sebuah video memaparkan dirinya bertemu dengan seorang pak cik di R&RAyer Keroh ketika dirinya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Menurutnya, pak cik itu bertanya kepadanya sama ada boleh tumpang sehingga hentian Nilai dan berasa pelik dengan permintaan pak cik itu maka beliau bertanya alasan mahu ke sana. Pak cik itu mengatakan dirinya dari Alor Setar ke Melaka sebab anaknya tunggalnya terlibat kemaIangan dan k0ma.

Selepas beberapa hari di Melaka, pak cik ini mahu pulang ke rumah untuk menoreh getah kerana tidak cukup wang. Jika wang cukup dalam masa 2 hingga 5 hari ini maka pak cik tersebut akan kembali ke Melaka untuk menjenguk anaknya semula.

Tambahnya, anak pak cik tersebut merupakan satu-satunya keluarga terdekat yang dimiliki pak cik itu selepas isteri dan abangnya meninggaI dunia. Malah, pak cik berusia 66 tahun itu redha dan berserah jika Allah mahu mengambil nyawa anaknya.

Berasa sebak dengan perk0ngsian pak cik tersebut, lalu beliau pun membuat keputusan menghantar pak cik itu ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan juga memberikan sedikit wang untuk perbelanjaan pulang pak cik itu. Malah, beliau turut mendoakan pak cik tersebut dilindungi dan dimurahkan rezeki.

VIDEO:

 

Video tersebut turut meraih perhatian warganet dan rata-rata mereka berasa simpati terhadap pak cik itu serta mahu menghulurkan bantuan. Ketika ini, video itu telah meraih 2.9 Juta tontonan dan 374.3K tanda suka. – & video dipetik dari The V0cket, TikTok

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...