EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO]Terharu tengok..Aisar Khaledd hadiah motosikal kepada individu rakam rider berjalan kaki

0 month ago, 19-Sep-2023

Pempengaruh media sosial,Aisar Khaledmasih membuat kejutan dengan menghadiahkan sebanyak 10 buah motosikal kepada pengikutnya setiap minggu.

Kali ini, salah seorang penerima bertuah merupakan individu yang merakamkan video tular membabitkan seorang penghantar makanan berjalan kaki apabila motosikalnya disita oleh pihak berkua sa.

Individu bernamaRizky atau dikenali sebagai Ikkyitu telah dijemput hadir ke rumah Aisar untuk menerima hadiah sebuah motosikal sebagai tanda penghargaan kerana telah berkongsikan video rider sehingga tular di media sosial.

 

Ikky yang merupakan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) memberitahu dia berada tempat kejadian kerana motornya juga disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas alasan yang sama iaitu cukai jalan telah tamat tempoh.

Bukan sahaja memberikan motosikal, malah pempengaruh berusia 23 tahun itu turut menghadiahkan wang tunai berjumlahRM3,000kepada Ikky.

Ikky memberitahu duit itu akan digunakan bagi tujuan melunaskan bayaranyuran kolejberjumlah lebih RM1,000 yang tertunggak selama tiga bulan.

Video yang dikongsi di Instagram itu telah menerima maklum balas positif daripada warganet yang berterima kasih dan terharu dengan tindakan Aisar.

Terdahulu, pempengaruh itu bermurah hati menghadiahkan sebuah motosikal baru dan wang tunai yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada penghantar makanan yang tular akibat motornya disita.

:InstagramAisar Khaled

via omm

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.



SUMBER : mytvviral.com