EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

(VIDEO) Seronok Beraya Sampai Tertinggal Mak Netizen Terhibur Tengok Golongan Ibu-Ibu Sakan Berborak

0 month ago, 09-May-2022

Hari Raya merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi selepas hampir 2 tahun kita tidak dapat menyambutnya bersama sanak saudara di kampung dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun, tidak dinafikan kemeriahan Raya tahun ini terasa sedikit berbeza apabila kita akhirnya dapat pulang ke kampung untuk menyambutnya bersama keluarga.

Advertisement

Begitu juga yang dirasakan seorang pengguna Facebook yang berkongsi sebuah hantaran video yang memaparkan gelagat keluarganya semasa beraya di rumah saudara.

raya

Menerusi video tersebut, kecoh apabila keluarganya tertinggal ibu mereka di rumah saudara tersebut selepas beraya.

Maknya suruh tunggu kejap sebab nak ambil makanan bungkus.

Difahamkan, ibu mereka meminta untuk tunggu sebentar sebelum bergerak pulang ke rumah kerana mahu mengambil makanan yang telah dibungkus namun tidak disedari oleh keluarganya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dan kemeriahan keluarga tersebut dan ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama.

Ni mesti geng mak-mak yang kata nak balik tapi dok sambung borak lagi. – Netizen.

Advertisement

“Nasib baik tertinggal dekat rumah saudara, kalau tertinggal di RNR, haru nak patah balik,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

lelaki habiskan kuih raya dikecam
2 jam lalu

"Siap Masuk Dapur Minta 'Extra' - Selamba Habiskan Kuih Masa Beraya Rumah Orang, Netizen Berbalah Pendapat

(VIDEO) Seronok Beraya Sampai Tertinggal Mak Netizen Terhibur Tengok Golongan Ibu-Ibu Sakan Berborak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





Live Website Traffic


loading...