EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Sempat Bertemu Dengan Kanak-Kanak Di Pondok R&R, Ramai Suka Dengan Keramahan Dato Seri Ismail Sabri

0 month ago, 10-Oct-2021

Biarpun sentiasa sibuk dengan tugasan sebagai Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dikenali dengan sikap ramah dan sering meluangkan masa untuk bertemu dengan rakyat dalam keadaan spontan.

Terbaharu, video yang dimuat naik di laman Instagram rasmi miliknya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran terkini yang dik0ngsikan di laman sosial terbabit, Dato’ Seri Ismail Sabri sempat meluangkan masa bertemu dengan dua kanak-kanak bersama bapa mereka di sebuah pondok kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di R&R Lekas.

Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata, tulis beliau di ruangan kapsyen.

Video terbabit memaparkan aksi Dato’ Seri Ismail Sabri yang sedang berjalan dan sempat berhenti di pondok terbabit untuk berborak santai dengan anak-anak kecil itu yang sedang makan bersama bapa mereka.

Di ruangan komen, rata-rata memuji sikap Dato’ Seri Ismail Sabri dan menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang gemar menyantuni rakyat.

Dato’ Seri selalu turun padang. Best PM macam ni.

PM macam inilah yang rakyat suka Mesra rakyat.. Ambil tahu masalah rakyat.. Saya sayang PM sekarang..

Steady grassroots leader yang ikhlas bukan buat-buat.

PM yang sangat humble & sempoi, merupakan antara komen warganet.

VIDEO:

Setakat ini, entri terbabit menerima 132,000 lebih tont0nan dan lebih 500 komen warganet. – & video dipetik dari Xtra, Instagram IsmailSabri60

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...