EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Video semburit tiada individu akan didakwa - Tommy Thomas

0 month ago, 09-Jan-2020

Peguam Negara, Tommy Thomas mendapati tiada pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan video intim.

Jabatan Peguam Negara tidak akan membuat apa-apa pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet seperti yang tular beberapa bulan lalu.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berdasara mendapati tiada pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan video berkenaan.





"Dalam hal keadaan-keadaan ini dan setelah menyemak keterangan yang telah dikumpulkan dan dikemukakan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) kepada Jabatan ini, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan kepada saya bahawa tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung dengan video
berkenaan.

"Saya telah menerima syor tersebut dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak. Selaras dengan amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi,' kata Tommy dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Klip-klip video itu, tegas Tommy, telah dihantar untuk ditentukan ketulenan dan pengecaman wajah di dalam dan luar negara.

CyberSecurity Malaysia juga telah menyimpulkan walaupun video video itu dianggap tulen, pengecaman wajah tidak dapat dipastikan kerana resolusi rakaman video rendah.

Dalam kenyataan itu, Tommy menegaskan, PDRM juga gagal untuk mengenal pasti individu individu terbabit dalam video tular itu disebabkan resolusi rendah dan kualiti video serta rangka tidak jelas yang membawa kepada dapatan tidak konklusif.

Astro Awani

SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...