EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

[VIDEO] Ops Selat: Timbalan Pengarah Imigresen KLIA antara tiga individu yang ditahan SPRM

0 month ago, 21-Nov-2020

Seorang individu berpangkat Timbalan Pengarah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara yang ditahan oleh SPRM hari ini

CYBERJAYA – Tiga lagi pegawai imigresen termasuk seorang berpangkat Timbalan Pengarah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah membabitkan cop sempadan.

Kesemua mereka yang berusia antara 38 hingga 54 tahun ditahan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas dipanggil untuk memberikan keterangan.

Memetik laporan Berita Harian, sejak kes itu terbongkar, sebanyak 53 orang sudah ditahan berkaitan sindiket rasuah dalam urusan cop Imigresen di pintu masuk antarabangsa negara.

“Ini termasuk 33 orang pegawai Imigresen yang bertugas di KLIA, klia2 dan Bangunan Sultan Ismail, Johor Bahru.

“Ketiga-tiga mereka yang ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya, untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah,” katanya yang memetik satu sumber.

Tiga pegawai imigresen dan 10 suspek yang ditahan dalam Ops Selat dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini

Dalam pada itu, SPRM turut mengemukakan permohonan untuk menyambung perintah reman terhadap 10 suspek lain dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam yang terbabit membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.

SPRM mengemukakan permohonan untuk menyambung reman 10 suspek sindiket cop imigresen dan membebaskan dengan jaminan dua orang awam yang terbabit membenarkan akaun mereka digunakan untuk transaksi rasuah.

Sebelum ini seramai 50 individu ditahan dalam Ops Selat membabitkan 28 pegawai Imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.-MT

[VIDEO] Ops Selat: Timbalan Pengarah Imigresen KLIA antara tiga individu yang ditahan SPRM Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...