EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Sebelum Ini Mampu Cuci Mata Sahaja, Ayah Sebak Tak Sangka Anak Hadiahkan Jam Idaman

0 month ago, 24-Nov-2021

Ketika anak-anak dewasa kelak, jangan lupa untuk membalas jasa ibu dan ayah yang sudah membesarkan kita dari kecil hingga besar.

Walaupun ibu dan ayah tidak mahu menyusahkan anak-anak, tapi sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memenuhi segala keperluan mereka.

Tidak lupa juga apa kemahuan mereka seperti yang pernah dilakukan kepada kita suatu masa dahulu.

Perkara yang sama turut dilakukan oleh seorang pemuda apabila mengetahui ayahnya berhajat untuk memiliki jam tangan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @naemzaimi, berk0ngsi mengenai pemuda itu menghadiahkan seutas jam tangan kepada ayahnya.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Menurut Naem dalam perk0ngsian itu, sebelum ini ayahnya pasti akan singgah di sebuah kedai jam tetapi untuk mencuci mata sahaja kerana tidak mampu memiliki jam tangan tersebut.

Abah saya kalau pergi Alor Setar mesti dia akan singgah kedai jam Shanghai belakang Pekan Rabu.

Ayah kata hanya nak cuci mata, nak beli pun tak mampu sebab mahal.

Tapi hari ini saya hadiahkan jam yang dia idamkan itu. Sebak pula bila tengok reaction ayah, katanya dalam video itu.

Namun, siapa sangka rezeki si ayah akhirnya dapat memiliki jam tangan yang dihadiahkan oleh anaknya sendiri sehingga dia tidak dapat menahan kesedihan.

Mungkin, ayahnya terharu memiliki jam yang diidamkannya selama ini.

Sumpah aku sedih Warganet

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui perk0ngsian tersebut membuatkan mereka terharu dan sedih selain mendoakan agar pemuda itu dimurahkan rezeki kerana membahagiakan orang tua.

VIDEO:

 

Perk0ngsian video itu telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 109,600 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Selasa. – & video dipetik dari Xtra, TikTok

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...