EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Di Sebalik Tawa Dan Menghiburkan, Ini Kisah Perit Yang Terpaksa Ditemp0hi Baha BHP

1 month ago, 27-Aug-2021

Sekiranya anda masih ingat, sekitar beberapa tahun lalu tuIar klip mengenai seorang lelaki berpakaian sebagai pekerja stesen minyak BHP yang membuatkan orang ramai terhibur dengan kata-katanya yang merangkumi pelbagai topik secara rawak. Klip video tersebut nyata disukai warganet dan kerap dik0ngsikan di media sosial sehingga kini.

Di sebalik gelak tawa para warganet, siapa sangka beliau yang dikenali sebagai Baha BHP telah melalui suatu detik sukar dalam hidupnya membuatkan beliau terpaksa bekerja keras dalam menyara keluarganya. Kisah ini dikongsikan oleh adiknya sendiri menerusi TikTok @sayatiarachannnel.

Kisah Baha BHP

BOLEH T0NT0N VIDEO DI BAWAH

Menurut adiknya yang dikenali sebagai Tiara, Baha merupakan abang sulung dalam adik beradik mereka. Beliau merupakan seorang yang rajin dan berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke tingkatan enam.

Walau bagaimanapun, langit tidak selalu cerah, keluarga mereka ditimpa musibah apabila rumah yang didiami mereka dilelong membuatkan Baha selaku abang sulung terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga. Dik0ngsikan bahawa Baha pernah bekerja sebagai pencuci pinggan dan dibayar RM10 sehari di mana wang tersebut digunakan untuk dik0ngsikan bersama keluarga.

Turut dik0ngsikan Tiara apabila mendapati pada suatu hari beliau melihat Baha membakar kesemua sijil yang diperoleh beliau kerana berpendapat beliau tidak lagi mempunyai harapan untuk melanjutkan pelajaran.

Mengalami masalah mental

Sentiasa murah dengan senyuman, agak mengej0tkan ramai apabila Tiara memaklumkan Baha dulunya merupakan seorang yang normal sehinggalah ditimpa dengan pelbagai masalah menjadikan beliau berbeza seperti yang dilihat sekarang ini.

Dalam pada itu, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai abang sulung dalam menyara keluarga. Keluarga mereka turut diuji apabila ibu beliau mengalami masalah mental sewaktu melahirkan adik mereka di mana mereka terpaksa menjaga ibu mereka seawal di bangku sekolah lagi. Dalam pada itu, mereka masih cekal dan tabah dengan ujian yang diterima.

Sehingga kini, Tiara memaklumkan hasil bantuan kerja keras abangnya, beliau berjaya menjadi seorang jurutera.

Mendapat pujian warganet

Di sebalik kisah yang dik0ngsikan Tiara, para warganet rata-ratanya meluahkan rasa bangga terhadap peng0rbanan yang dilalui Baha. Tidak kurang juga mereka yang pernah mentertawakan dan mengejek video Baha sebelum didedahkan kisah yang dilalui Baha.

Didoakan dan diharapkan semoga keluarga Baha dipermudahkan dalam menjalani kehidupan seharian dalam mengharungi segala ujian. Telatah dan kata-kata beliau yang bersahaja dan menghiburkan pastinya diingati warganet dan juga peminat beliau.

VIDEO:

 

 

 

Orang ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai kisah mengenai Baha boleh mengikutinya menerusi TikTok adik beliau denganklik di sini dan channel youtube Baha. – & video dipetik dari The V0cket, TikTok

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...