EdisiViral.Com Search Guest Post Login

(Video) 'Sanggup eh hidup macam ni nak bela anak orang?' - Ibu pukul lelaki aniaya anaknya sehingga terjerat hutang Ah Long

0 month ago, 11-Jul-2019


"Sanggup eh hidup macam ni, nak bela anak orang?! Kau memang sanggup!" demikian kata si ibu kepada lelaki yang didakwa mempergunakan anak perempuannya sehingga terjerat dengan hutang Ah Long. 

Difahamkan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terdahulu menerima aduan dari seorang wanita yang mendakwa dirinya dianiaya oleh teman lelaki sehingga dia terpaksa meminjam wang dari Ah Long bagi menanggung biawak hidup.

Video yang dimuat naik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di YouTube pada 9 Julai lalu menunjukkan beberapa ahli keluarga mangsa bersama pegawai Unit Banteras Ceti Haram telah menyerbu kediaman lelaki itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut. 

Si ibu dan salah seorang lelaki yang tidak dapat menahan sabar, terus memukul lelaki itu beberapa kali. 

Setelah diselidik, mangsa didapati bersekedudukan dengan lelaki itu sejak kian lama. Lelaki itu juga tidak bekerja dan sebelum ini pernah merancang membuat perniagaan sendiri tetapi gagal atas alasan dia telah ditipu. 

Lelaki baju hitam: "Kau tau apahal kitorang datang ni? Kau dah berapa banyak pakai duit dia?" 

Teman lelaki: "Eh tak! Aku dapat gaji pun aku bagi dia juga."

Lelaki baju hitam: "Kau cakap betul-betul."

Teman lelaki: "Betul! Kalau aku ada duit, aku bagi dia juga. Aku tak ambil semua duit aku."

Lelaki baju hitam: "Habis, duit dia tak cukup?" 

Teman lelaki: "Ha, macam tu tak tau."

Ibu mangsa: "Banyaklah kau punya tak tau." 

Lelaki baju hitam: "Dia buat aduan. Sekarang ni aku datang sini.. Hei dik, macam mana? Ceritalah benda betul, orang dah sampai ni! Cerita betul-betul, jangan tipu kita."

Mangsa: "Memang pernah kena sebelum ni..."

Lelaki baju hitam: "Habis tu, kata dia paksa awak duduk sini?"

Teman lelaki: "Eh tak! Kitorang dah lama dah bersama."

Mangsa: "Yela, tapi saya dah memang tak nak duduk dengan awak. Saya dah banyak kali beritahu kan sebelum ni? Saya dah tak nak."

Lelaki baju hitam: "Memang dah lama duduk sini?" .

Teman lelaki: "Dah lama, bukan dekat sini je, sebelum-sebelum ni dah lama dah. Kitorang pindah-pindah, dah lama. Kitorang bajet memang nak nikah." 

Lelaki baju hitam: "Anak puan pun ada tak cerita hal disebaliknya."

Ibu mangsa: "Dia memang tak ceritalah pasal nikah ni."

Mangsa: "Tapi saya memang tak nak nikah dengan awak! Saya dah kata saya dah tak nak dengan awak! Saya suruh awak blah, awak blah blah tapi awak masih datang dengan saya. 

Lelaki baju hitam: "Yang pinjam duit Ah Long siapa?"

Teman lelaki: "Dia. Tapi saya sendiri pun tak tahu dia pinjam Ah Long. Sampai Ah Long cari saya, "saya akan ganggu awak semua!" 

Ibu mangsa: "Saya tahu dia tak cukup duit semenjak berjumpa dengan awak."

Teman lelaki: "Tak tahu pula tu puan."

Ibu mangsa: "Ha memang awak tak tahu sebab awak tahu duit, duit, duit je kan?" 

Teman lelaki: "Eh tak!" 

Ibu mangsa: "Eh? Apa pula tak nye? Yang duit saya RM20,000 awak ambil tu untuk apa? Ha, cuba cakap." 

Mangsa: "Tak ingat ke yang awak nak buat kedai?"

Teman lelaki: "Itu dah tak ada rezeki kan? Saya kena tipu." 

Ibu mangsa: "Ha! Tapi awak yang minta duit itu kan? Ke dia yang nak bagi?" 

Teman lelaki: "Dia yang nak bagi!" 

Ibu mangsa: "Tapi awak minta lah kan?"

Teman lelaki: "Saya cakap kalau saya ada modal saya nak buat bisnes sendiri, tapi dia cakap dia sanggup."

Ibu mangsa: "Tapi awak sanggup ambil duit dia."


Hasil perbincangan, mangsa dibawa keluar dari rumah tersebut dan kes masih dalam siasatan PPIM.

: YouTube PPIM

SUMBER : thereporter.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com