EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Video salah parking viral di TikTok, Neeta buat laporan polis

0 month ago, 09-Jun-2021

Penyanyi Neeta Manishaa dan syarikat rakamannya, Nar Records Sdn. Bhd. telah membuat laporan polis terhadap seorang pengamal media berhubung penularan sebuah video salah parking yang membabitkan dirinya sehingga menjadi viral di TikTok.

Ketua Pemasaran Dan Promosi Nar Records, Becky Zulkepli berkata, individu berkenaan memuat naik satu klip yang diambil dari program All Together Now Malaysia yang disiarkan baru-baru ini.

Pihak pengurusan dan Neeta telah membuat satu laporan polis terhadap kes tersebut. Video itu amat memalukan dan menyentuh sensitiviti dan maruah Neeta sebagai wanita.

Dengan niat atau tujuan apa individu terbabit masih tidak dapat di pastikan kerana usaha untuk menghubungi individu tersebut gagal kerana dia tidak memberi maklum balas tentang isu ini, katanya.

Menurutnya, sehingga kini video terbabit masih belum di padamkan seolah-olah individu tersebut tidak mengambil peduli langsung dengan kejadian ini.

Pihak pengurusan menyelar perbuatan tersebut dan kerana video yang sengaja dimuat naik itu mengundang kecaman dan tomahan orang terhadap anggota tubuh badan serta diri Neeta sendiri, ujarnya.

Dalam pada itu, Neeta meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan kurang bijak individu terbabit.

Terkilan kerana yang melakukannya iala seorang pengamal media yang tinggi juga jawatannya dalam bidang ini.

Tujuan Neeta mengambil keputusan untuk membuat laporan polis juga atas desakan pengurusan dan bukanlah ingin memperbesarkan isu.

Bukan ingin mengadu domba tapi agar individu itu dan sesiapa saja pengguna media sosial dapat menggunakan media sosial dengan betul bukan untuk mengecam, body shaming dan membuat buli cyber di mana itu adalah satu kesalahan di bawah akta SKMM, katanya.



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...