EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Video rakam saat pesawat Ukraine Airlines ditembak jatuh peluru berpandu, Iran mengaku bertanggungjawab

0 month ago, 11-Jan-2020

TEHRAN - Rakaman video dari beberapa saluran berita muncul menunjukkan bukti peluru berpandu Iran telah menembak jatuh sebuah pesawat berhampiran Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran, Iran sebelum ia terhempas.

Menurut laporan The New York Times dan CNN, pesawat itu nampaknya telah ditembak jatuh ketika melalui ruang udara Parand di Iran, lokasi terakhir di mana penerbangan Ukraine itu berhenti memberi isyarat pemancar sebelum ia terhempas, nahas pesawat yang mengorbankan kesemua 176 penumpang dan krew penerbangan.

The Epoch Times/Paparan Skrin

Sebuah peluru berpandu kelihatan ditujukan ke arah pesawat, tetapi ia tidak meletup, sebaliknya terus terbang beberapa minit sebelum cuba berpatah balik ke arah lapangan terbang, lapor The New York Times.

Rakaman video berdurasi 19 saat itu menunjukkan langit yang gelap tiba-tiba diterangi oleh cahaya kilat diikuti bunyi letupan. Bunyi siren kemudian dapat didengari di akhir rakaman video.

The Epoch Times/Paparan Skrin

Sementara itu, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau berkata, berdasarkan maklumat perisikan, beliau percaya Iran mungkin menembak peluru berpandu ke arah penerbangan Ukraine Airlines PS752.

"Kami menerima laporan perisikan dari pelbagai sumber, termasuk dari negara sekutu. Bukti menunjukkan bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke arah ruang udara Iran. Ia mungkin tidak disengajakan, katanya dalam sidang media.

The Epoch Times/Paparan Skrin

Trudeau berkata beliau juga tidak menolak kemungkinan sama ada tembakan peluru berpandu itu adalah satu tindakan disengajakan yang mengorbankan 63 orang warganegara Kanada.

"Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan. Keluarga mangsa dan rakyat Kanada inginkan jawapan dan kepastian. Saya mahukan jawapan. Ini bermakna ia memerlukan pendedahan, akauntabiliti, dan keadilan. Kami tidak akan berhenti sehingga mendapat jawapan, kata Trudeau.

The Epoch Times/Paparan Skrin

Perdana Menteri United Kingdom Boris Johnson juga berkata, terdapat maklumat dari badan perisikan yang menunjukkan pesawat itu telah ditembak jatuh.

Kami menerima maklumat yang mengatakan pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke arah ruang udara Iran. Ini mungkin tidak disengajakan. Kami bekerjasama rapat dengan Kanada dan sekutu antarabangsa kami dan kini memerlukan penyiasatan penuh dan telus, kata Perdana Menteri Boris Johnson.

The Epoch Times/Paparan Skrin

Laporan oleh pegawai yang tidak dinamakan di Amerika Syarikat memberitahu media bahawa pihak mereka mengesyaki penembak peluru berpandu di Iran telah tersilap sasaran dan mengenai pesawat Ukraine yang membawa orang awam.

Nahas pesawat Boeing 737-800 milik Ukrainian International Airlines itu mengorbankan kesemua penumpang dan krew penerbangan yang terdiri daripada 82 warga Iran, 63 warga Kanada, 11 warga Ukraine, 10 warga Sweden, 4 warga Afghanistan, 3 warga Jerman dan 3 orang warganegara United Kingdom.

The Epoch Times/Paparan Skrin

Dalam satu kenyataan, Ketua Organisasi Penerbangan Awam Iran (CAOI), Ali Abedzadeh mempertikaikan laporan dakwaan peluru berpandu yang menembak jatuh penerbangan awam.

"Secara saintifik, adalah mustahil peluru berpandu menembak jatuh pesawat Ukraine, dan khabar angin sedemikian adalah tidak logik," katanya kepada ISNA News Agency.

The Epoch Times/Paparan Skrin

Nahas pesawat berlaku berlaku sejurus selepas Iran melancarkan kira-kira 20 peluru berpandu ke arah dua pangkalan tentera Iraq yang dikawal tentera Amerika Syarikat di tengah kemelut dan ketegangan antara Washington dan Teheran.

Iran berkata pihak mereka melancarkan peluru berpandu balistik sebagai tindakan balas selepas Amerika Syarikat membunuh Jeneral Iran Qassem Soleimani, yang merupakan Komander Tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dan Pasukan Qud di Iraq.

Susulan nahas, laporan terkini kerajaan Iran mengeluarkan kenyataan menerusi berita AFP dan media sosial bahawa pihak tentera mengakui bertanggungjawab menembak jatuh pesawat penumpang milik Ukraine itu secara 'tidak sengaja'.

Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif dalam kenyataaanya di Twitter menyebut faktor 'kecuaian manusia' sebagai punca kesilapan menembak jatuh pesawat itu.

A sad day. Preliminary conclusions of internal investigation by Armed Forces:

Human error at time of crisis caused by US adventurism led to disaster

Our profound regrets, apologies and condolences to our people, to the families of all victims, and to other affected nations.
????

Javad Zarif (@JZarif) January 11, 2020

@JZarif/Twitter

Selain berkata, sikap 'gemar mengambil risiko' oleh Amerika Syarikat juga turut menyumbang kepada tragedi itu.

"Ini hari yang menyedihkan. Laporan siasatan awal oleh pihak tentera merumuskan 'kecuaian manusia' sewaktu krisis berlangsung berpunca daripada sikap 'gemar mengambil risiko' oleh Amerika Syarikat yang juga menyumbang kepada tragedi itu," tulis Mohammad Javad di Twitter.

"Kami melahirkan rasa amat kesal, memohon maaf dan ucapan takziah kepada rakyat kami, keluarga mangsa dan negara-negara terbabit," tulisnya dalam kenyataan di Twitter.

Video rakam saat pesawat Ukraine Airlines ditembak jatuh peluru berpandu, Iran mengaku bertanggungjawab Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...