EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

(VIDEO) Petua mudah pudarkan parut jerawat, 4 bahan ini penting

0 month ago, 20-Nov-2020

PASTI sebahagian daripada kita sering mengeluh apabila usaha untuk memudarkan parut jerawat menemui jalan buntu.

Biarpun sudah mengoles variasi krim pelembap dan krim pelindung cahaya matahari, tetapi masalah tersebut masih belum berjaya diatasi dengan baik. Mengapa situasi itu berlaku?

Menerusi satu video dalam laman sosial Instagram, pemilik akaun @cirasso, beliau menjelaskan, punca masalah parut jerawat sukar ditangani disebabkan individu hanya bergantung pada krim pelembap dan krim sinaran ultra violet (UV).

jerawat wajah
RUTIN mencuci muka atau mengoles krim pelembap sahaja belum cukup untuk memudarkan parut jerawat.

Dengan harapan produk terbabit dapat memudarkan parut jerawat pada wajah.

Beliau yang sentiasa berkongsi perihal pendidikan kulit wajah memberitahu, pembersih muka, krim pelembap dan krim pelindung cahaya matahari berfungsi untuk mengekalkan kondisi bukan memulihkan masalah kulit.

Agen yang merawat atau memulih masalah kulit wajah ialah kandungan aktif terdapat di dalam produk rawatan seperti serum, toner dan sebagainya.

Sekiranya hingga hari ini parut jerawat belum pudar selepas memakai bermacam-macam produk, maka sila lihat semula dalam rutin penjagaan wajah adalah terdapat kandungan aktif berkenaan, tulisnya baru-baru ini.

Justeru, solusi terbaik adalah dengan memastikan produk digunakan mengandungi bahan yang bertindak merawat parut jerawat seperti:

Vitamin C
Niacinamide
AHA
Retinol

Ingat, kandungan berkenaan perlu ada dalam produk rawatan wajah bukannya pada pencuci muka, krim pelembap atau krim pelindung cahaya matahari. Barulah betul, tegasnya lanjut.

Artikel berkaitan:(Video) Beza bintik hitam, bintik halus pada hidung yang perlu anda tahu

wajah
PASTIKAN serum digunakan mengandungi bahan aktif seperti AHA dan vitamin C yang bertindak menghilangkan parut jerawat.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan supaya pengguna jangan sesekali mengabaikan pemakaian krim sinaran UV setiap hari.

Rutin itu adalah untuk membantu memudarkan parut hitam pada wajah dan mengelakkan kulit menjadi gelap. Mudah bukan?

: Instagram @cirasso

Post Views: 1





Live Website Traffic


loading...