EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO]Pernah menderita kanser mulut, adik Ainul Mardhiah kini sudah laju berjalan

0 month ago, 19-Nov-2020

MASIH ingatkah korang kepada seorang bayi yang menghidapi ketumbuhan di mulut?

Sebelum ini, kisah bayi bernama Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin pernah menjadi perhatian seluruh rakyat negara apabila menderita kanser Germ Cell Tumor di mulut.

Kisah bayi kesayangan Malaysia tersebut turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri dan akhirnya dibedah di London.

Kini selepas 18 bulan pembedahan, adik Ainul Mardhiah semakin aktif seperti kanak-kanak lain dan sudah pandai berjalan!

Alhamdulillah untuk perkembangan adik Ainul Mardhiah yang sangat positif.

Berita gembira tersebut disampaikan oleh ibunya, Nurul Erwani melalui sebuah perkongsian video di Instagram.

Menerusi video itu, kelihatan adik Ainul Mardhiah berjalan-jalan di kawasan beranda rumahnya dengan kapsyen Ainul sekarang dah pandai kemas rumah tolong mama sejak-sejak dah laju berjalan ni.

Baca jugaSayang ibu Chef Wan tetap pakaikan ibunya baju harian rekaan designer

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan kesihatan adik Ainul Mardhiah dan memberi kata-kata semangat.

Kata mereka;

yatiezelani Alhamdulillah syukur Ainul membesar dengan baik yer.

wanie_nsap Haish, Tak pernah jemula tengok awak ni Ainul Geram.

aliaosman Omei nomeinya Ainul jalan hati hati naaa

rabiaamat Alhamdulillah gembira lihat perkembangan Ainul.

nursyafinazk Comel la Ainul ni pandai dia tolong mama.

ashmawati Alhamdulillah Semoga terus sihat ye sayang.

oherinsandra Alahai comei jeee, dah bejalan ye sekarang. Alhamdulillah. Semoga Ainul membesar dengan baik sihat dan jadi anak yang solehah dunia akhirat.

SinarPlus turut mendoakan semoga adik Ainul Mardhiah diberikan kesihatan yang terbaik, InsyaAllah!

Post Views: 0





Live Website Traffic


loading...