EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Penjaga Garisan Keluarkan Kad Kuning Dan Minta Autograf Haaland, Guardiola Label Pengadilan Sempurna

0 month ago, 07-Apr-2021

Penjaga garisan aksi Manchester City vs. Borussia Dortmund dengan selambanya meminta autograf Erling Braut Haaland di terowong sebaik sahaja perlawanan tamat.

Haaland gagal menjaringkan gol dalam aksi pertama suku akhir UCL. Namun beliau memberikan assist kepada Reus untuk away gol berharga.

Aksi Haaland masih layak dipuji. Dengan statusnya sebagai bintang masa depan, maka tidak hairanlah penjaga garisan tersebut dengan tanpa ragu ragu meminta tandatangan beliau.

Halaand tidak menghampakan peminat beliau dengan menandatangani autograf pada kad yang dibawa pegawai tersebut. Sebenarnya ini bukanlah perkara baharu dalam bola sepak. Kerana pengadil juga manusia biasa.

The linesman is the biggest Erling Haaland fanboy around ???? pic.twitter.com/a1lm1YQlEr

ODDSbible (@ODDSbible) April 6, 2021

Biasanya pengadil mengeluarkan kad untuk amaran dan masalah disiplin, paling teruk pemain dibuang padang. Tetapi untuk Haaland, penjaga garisan mengeluarkan kad untuk ditandatanganinya.

The cheek of the linesman asking Haaland to sign his cards. Madness. pic.twitter.com/fdfBYaQQou

Freddie S (@FredSas7) April 6, 2021

Pep Guardiola diminta mengulas tentang perkara tersebut. Dan beliau menyatakan pengadilan dalam aksi City dan Dortmund adalah bermutu tinggi dan sempurna. Guardiola berkata: Mungkin dia seorang pemian. Kenapa tidak? Pengadil hebat sekali, perlawanan ini tiada sebarang masalah, yeahhh! pengadil hari ini sempurna.

Pep Guardiola thought the referees were perfect ???? pic.twitter.com/Ve4JCYCNbt

ESPN FC (@ESPNFC) April 7, 2021

Pengadil perlawanan terlibat dalam kontroversi membatalkan gol Jude Bellingham dalam perlawanan ini. Jadon Sancho dengan terbuka melemparkan kritikan beliau.

Jadon Sancho is unhappy with the officiating in Borussia Dortmund's clash with Manchester City ???? pic.twitter.com/tXKBlhCEqS

ESPN FC (@ESPNFC) April 6, 2021

Haaland dikaitkan dengan perpindahan wang besar ke Manchester City selain daripada Real Madrid, Barcelona, Man United dan PSG. Sebelum perlawanan ibu Haaland memuat naik gambar Haaland bersama ayahnya menyokong Man City dalam aksi Piala Liga pada 2014.

Throwback to Erling Haaland supporting Man City at the 2014 EFL Cup Final ????

(via gabriellehaaland/IG) pic.twitter.com/YV66VXafZy

ESPN FC (@ESPNFC) April 6, 2021

Jadi, ke manakah destinasi Haaland yang seterusnya?



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...