[VIDEO] Pengantin Pasrah Majlis Bersanding Dirampas, Bridesmaid Sambut Hari Jadi Kawan Lain
0 month ago, 19-Sep-2023
Majlis persandingan seharusnya menjadi yang ekslusif buat pasangan pengantin bagi meraikan hari bahagia dan tumpuan sepatutnya hanya diberikan kepada mereka.
Namun begitu, lain pula yang berlaku pada majlis persandingan seorang wanita di Indonesia yang mana majlisnya dirampas oleh pengiring perempuan merangkap sahabat pengantin sendiri.
alay tol pic.twitter.com/7fc72qI6BD
TXT dari Gajelas (@txtdarigajelas) September 14, 2023
Melalui video tersebut, salah seorang daripada pengiring tiba-tiba mengalami pitam sekali gus membuatkan pasangan pengantin dan tetamu dalam dewan tersebut turut risau dengan situasi yang berlaku.
Pengiring tersebut juga kelihatan terlalu lemah untuk bergerak dan dia sempat duduk sebentar di atas kerusi pelamin sebelum diangkat turun dari atas pentas.
Rupa-rupanya, semua itu hanyalah lakonan semata-mata atas tujuan bagi membuat kejutan ulang tahun kelahiran kepada salah seorang pengiring yang lain.
Walaupun pengantin perempuan turut menyambut hari jadi sahabatnya, namun pengantin lelaki kelihatan kurang senang dengan kejutan tersebut
Mana tidaknya, sepatutnya hari tersebut merupakan momen istimewa bersama isteri namun telah diambil alih pula dengan sambutan hari jadi orang lain.
Warga maya menyatakan rasa tidak puas hati kerana perkara seperti ini dianggap tidak menghormati tuan rumah yang boleh merosakkan apa dirancang selama ini.
Awalnya, netizen menganggap sambutan itu merupakan sambutan hari jadi pengantin wanita namun terkejut kerana ianya adalah hari jadi salah seorang pengiring pengantin perempuan.
Bukan hari jadi pengantin?
Ada juga netizen yang meninggalkan komen mengenai reaksi pengantin lelaki yang jelas kelihatan kurang selesa dengan kejutan hari jadi itu.
Perkara macam ni tak sepatutnya berlaku.. kalau terpilih jadi pengiring tu, kena pastikan pasangan pengantin dapat perhatian daripada semua tetamu, bukannya caras perhatian dengan buat perkara lain!
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.