EdisiViral.Com Search Guest Post Login

[VIDEO] Pencuri putih mata penggera rumah berbunyi

0 month ago, 13-Sep-2019

ISYARAT kecemasan sistem penggera dipasang di sebuah rumah berjaya memerangkap suspek dikehendaki polis ketika lelaki itu mengulangi jenayah pecah rumah.



Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari di Taman Mutiara Rini, semalam, pemilik rumah berada di Mount Austin, Tebrau, menerima isyarat penggera di telefon bimbitnya menerusi sistem penggera dipasang di rumahnya.

Menurutnya, isyarat dan rakaman menunjukkan rumahnya diceroboh dan terdapat motosikal Honda Wave di hadapan rumahnya.

Katanya, pemilik rumah bertindak pantas menghubungi rakan komuniti Rini Home bagi membantu menghubungi polis.

Pada jam 1 petang apabila pengadu tiba di rumahnya, dia mendapati anggota Unit Peronda Polis (MPV) berjaya menahan seorang lelaki di perkarangan rumahnya.





Lelaki itu dipercayai pencuri yang memecah masuk rumahnya menerusi tingkap depan selepas diumpil dan dirosakkan.

Suspek sempat menggeledah tiga bilik di rumah itu tetapi tindakan pantas polis yang menerima maklumat berjaya menahan pencuri terbabit, katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, usaha menahan suspek dijalankan anggota MPV selepas menerima arahan Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri.

Ketika itu, kami mendapati suspek cuba melarikan diri menerusi tingkap yang diumpil dan memanjat tembok, namun polis berjaya memerangkapnya, katanya.

Menurutnya, semakan mendapati lelaki berusia 26 tahun itu tidak bekerja dan memiliki tiga rekod jenayah lampau termasuk kesalahan dadah dan dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes pecah rumah.

Ujian saringan air kencing lelaki itu didapati positif dadah.




Polis turut merampas motosikal, sebatang kayu berukuran 1.15 meter dan dua batang besi tingkap berukuran kira-kira 75 sentimeter, katanya.

Menurutnya, pemilik rumah masih belum pasti barangan hilang atau jumlah kerugian.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Video berkaitan penahanan suspek tular di media sosial sejak semalam memaparkan lelaki berkenaan memanjat tembok beberapa rumah untuk melarikan diri sebelum ditahan polis dan jiran mangsa.





SUMBER : bazookapenaka.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com