EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Video papar kerajaan China kuarantin pesakit Koronavirus di dalam kotak cetus kontroversi

0 month ago, 11-Feb-2020

CHINA - Rakaman video tidak menyenangkan mengenai pasangan yang dipercayai dijangkiti koronavirus dikuarantin di dalam kotak secara paksa sebelum diletakkan di belakang sebuah trak cetus spekulasi berkenaan layanan buruk pihak kerajaan terhadap pesakit.

EpochTimes/YouTube

Dalam video berdurasi 57 saat yang dirakamkan oleh seorang wanita menunjukkan pasangan ini berpelukan sambil kedengaran tangisan wanita itu. Kedua-dua pasangan ini kemudiannya dilihat naik ke belakang trak sebelum dikurung di dalam kotak besi itu.

EpochTimes/YouTube

Sebaik sahaja dikuarantin di dalam kotak yang kecil dan sempit itu, wanita berkenaan terus menjerit sekuat hati sambil mengetuk pintu kotak berulang kali.

Kejadian ini mengundang simpati orang ramai khususnya perakam video yang menyaksikan kejadian menyayat hati itu bersama anaknya.

EpochTimes/YouTube

Penularan video ini menimbulkan reaksi tidak puas hati dalam kalangan netizen yang beranggapan kaedah itu agak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Dalam sebuah video lain turut memaparkan kejadian kejam di mana beberapa anggota polis dilihat menahan seorang wanita yang disyaki dijangkiti dengan virus membunuh itu.

Apa yang menyedihkan adalah tindakan anggota-anggota polis itu yang sanggup bergelut dengan seorang wanita selain menarik wanita itu keluar dari kenderaannya secara paksa. Kejadian ini menyebabkan wanita itu tidak sedarkan diri akibat pengsan sebelum diangkut memasuki van.

Video papar kerajaan China kuarantin pesakit Koronavirus di dalam kotak cetus kontroversi Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...