EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Pakcik Berniaga Dalam Keadaan Gelap, Hanya Diterangi Lampu Jalan

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Tidak dinafikan, pasti ada diantara kita yang berduka dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakkan 2.0 (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Ramai yang terkesan

Sudah tentu ramai yang kembali terkesan disebabkan penularan pandemik ini sehingga ada yang kehilangan mata pencarian.

Jadi, hal tersebut membuatkan ramai yang sanggup melakukan pelbagai pekerjaan demi untuk mendapatkan sesuap nasi buat diri dan keluarga.

Tunggu pelanggan bawah lampu jalan

Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang tular di media sosial apabila seorang lelaki warga emas berdiri dalam keadaan gelap untuk menjual barangan bundle di tepi jalan.

Difahamkan pakcik tersebut berdiri di kawasan Pasar Isnin dari siang sehingga malam tanpa berbekalkan lampu di tempatnya berniaga dan pakcik tersebut turut tidak mempunyai meja serta kerusi.

Benda paling koyak time PKP. Ramai yang tak ada pendapatan, tak ada apa lagi yang boleh dikais. pic.twitter.com/rcaEt9qvzd

— YB Kak Mira ???? (@mighvv) January 11, 2021

[VIDEO] Pakcik Berniaga Dalam Keadaan Gelap, Hanya Diterangi Lampu Jalan Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...