EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Video dua orang pelajar sekolah rendah membantu rakan yang kelainan upaya sangat menyentuh perasaan

0 month ago, 13-Jul-2019

Ia sesuatu perkara yang comel apabila kita melihat anak-anak kecil membantu orang lain, terutamanya apabila tidak ada yang memberitahu mereka untuk berbuat demikian.

Pada 25 Jun, Cristine Lopez yang merupakan seorang guru di kelas Pendidikan Khas di Sekolah Rendah Mouaque Resettlement di Mabalacat City, Pampanga telah memuat naik satu videoyang telah menyentuh perasaan netizen di Facebook.

Di dalam video itu, dua budak lelaki sekolah rendah, Yuan dan Karl, dilihat menjaga rakan sekelas mereka, Hans, yang menghidap cerebral palsy. Ketiga-tiga pelajar itu adalah pelajar dari kelas yang diajar oleh Lopez.

Tin-tin Lopez|Facebook

Ketika Hans duduk di kerusi rodanya, Yuan dapat dilihat menyuap snek kepada Hans sementara Karlmelaraskan kipas di atas lantai supaya Hans tidak panas.

Tin-tin Lopez|Facebook

Menurut Inquirer.net, Yuan dan Karl diminta oleh Lopez untuk membantu Hans makan dan menulis sejak hari pertama sekolah pada 3 Jun.

Walau bagaimanapun, ketika dia merakam video Yuan dan Karl membantu Hans, mereka telah melakukannya sendiri tanpa arahan daripada Lopez. Ia merupakan kejutan yang menggembirakan buat Lopez.

"Pada hari itu, mereka melakukannya tanpa perlu saya menyuruh mereka untuk berbuat demikian. Itulah sebabnya saya berasa sangat gembira, " katanya.

Video comel itu telah menarik perhatian ramai orang dan telah menjadi tular. Tonton video tersebut di bawah:

:Inquirer.net

 

Video dua orang pelajar sekolah rendah membantu rakan yang kelainan upaya sangat menyentuh perasaan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com