EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

(Video) Neelofa Akhirnya Tampil Untuk Menjawab Soalan Dari Wartawan Berkenaan Dia Dan Suami Lnggar SOP

0 month ago, 05-Apr-2021

Kertas siasatan membabitkan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti popular Neelofa dan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, dijangka siap minggu ini.

Video Berada Di Bawah Artikel

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis juga akan memanggil pasangan itu untuk dirakam keterangan bagi melengkapkan siasatan.

SUASANA pada majlis perkahwinan Neelofa yang mengundang rasa tidak puas hati netizen.

Kertas siasatan itu dijangka dapat disiapkan dalam minggu ini.

Selepas itu kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ia susulan satu gambar tular di media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

WARTAWAN BERJAYA TEMURAMAH NEELOFA

Wartawan bertanya tentang apa yang terjadi dan ada juga wartawan bertanyakan kenapa menghantar Personel Assistant (PA) ketika dipanggil pihak polis.

Neelofa berkata dia tidak boleh memberi jawapan dan dia akan selesaikan sendiri dengan cara dia sendiri privately dan profesionally.

Ada soalan tentang dia seperti berbulan madu di Langkawi. Neelofa menjawab bahawa ada perkara yang telah ditetapkan sebelum kahwin lagi.

Neelofa turut memberitahu bahawa apa yang berlaku seolah olah memberi rezeki kepada dia atau dengan ayat lain free marketing.

Wartawan masih bertanya soalan tentang dia dengan siasatan pihak polis dan adakah Neelofa sudah bersedia untuk diambil tindakan.

Neelofa tetap dengan tenang menjawab soalan bahawa dia akan selesaikan sendiri.

Neelofa turut meluahkan rasa gembira untuk menyambut ramadhan dan aidilfitri bersama suami tercinta.

Video Temuramah Neelofa

Kredit: Kosmo Online/HMETRO ONLINE via AwatttSyeikhh Network

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw



SUMBER : tehtarikkaw.com



Live Website Traffic


loading...