EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Chef Wan Nasihat Aliff Syukri Perbaiki Resipi Produk Sebelum Jual

0 month ago, 10-Jun-2021

Walaupun sering dikr!tik warganet, namun usahawan terkenal Aliff Syukri tetap tidak pa tah semangat untuk menjadi seorang personaliti media sosial yang boleh dikatakan versatile. Beliau menguruskan perniagaan kosmetik, menyanyi dan berlakon semuanya sudah pun beliau lakukan.

Terbaharu, Aliff Syukri terlibat pula dalam bidang usahawan makanan dan hadir dengan produk makanan berasaskan sup bebola daging keluaran jenama serta resepi hasil air tangan beliau sendiri iaituSup Jolo.

Ia dijual pada harga RM16.90, harga yang agak tinggi menurut warganet. Dalam pada itu,Sharnaaz Ahmadyang menghasilkanvideoreviewmakananuntuk saluranYouTubemiliknya terpanggil untuk mencuba dan merasa Sup Jolo Alif Syukri yang dikatakanconfirmterlajak sedap.

Walaupun Sharnaaz sudah memuat naik video berkenaan hampir sebulan yang lalu, tetapi ia dik0ngsi semula oleh chef selebriti terkenal Malaysia, Chef Wan menerusi hantaran diInstagramhari ini. Menurutnya, beliau baru sahaja menonton video berkenaan dan rasa terpanggil untuk beri komen setelah namanya dipetik dalam video Sharnaaz.

Susulan itu, Chef Wan menerusi kapsyen untuk video tersebut tampil untuk memberikan kata-kata nasihat kepada Aliff Syukri. Chef Wan berkata, hendak berniaga makanan ini perlu menerima segala komen yang positif mahu pun negatif.

Hendak berniaga makanan perlu terima komen positif dan negatif. Itulah, orang nak berniaga makanan, dia pun hendak juga. Bukan tak boleh tetapi kena berhati-hati.

Jika tak pandai masak, kena pergi belajar memasak betul-betul. Kalau tak mahu, sebagai usahawan dan jutawan yang pakai jam tangan berlian, lebih baik dia labur duit kepada orang yang pakar bab bisnes makanan untuk bantu bisnes dia.

Citarasa kita tak sama dengan orang lain. Jadi, kalau buat cara yang tak betul serta syok sendiri, boleh rugi perniagaan kita dan duit tu lebih baik humbankan sahaja ke dalam longkang jadikan sampah sarap, kata pedas Chef Wan kepada Aliff Syukri.

Chef Wan juga menambah bahawa tidak semua patut kcam Aliff Syukri kerana biar pun Sup Jolo ini tidak sedap tetapi peminat Aliff Syukri akan tetap setia menyokong jualan produknya ini.

Siapalah kita untuk kr!tik. Sc am atau tidak Sup Jolo ini, peminat Aliff Syukri akan tetap setia menyokong setiap produk keluaran jenamanya.

Kepada Aliff dan Sharnaaz janganlah marah saya. Aliff pun, macam-macam hendak dibuatnya, kata Chef Wan sambil menyertakan emoji tergelak pada akhir kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Dalam video penuh Sharnaaz, beliau turut menyarankan kepada Aliff Syukri supaya memperbetulkan semula harga jualan, resipi serta cara penyediaan Sup Jolo supaya ia murah, lebih sedap dan mudah faham untuk disediakan. Moga dijadikan iktibar kepada peniaga semua.

& video dipetik dari The V0cket, Instagram

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...