www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


(Video) 'Miskin sangat ke bisnes kau sampai melalak menjerit serupa beruk di kedai makan?' - Netizen

0 month ago, 13-Jan-2019



Viral di media sosial seorang wanita dengan nada suaranya yang tinggi memarahi beberapa individu di dalam kumpulannya menarik perhatian orang ramai. 

Dalam insiden yang berlaku di sebuah premis makanan itu menimbulkan rasa kurang senang pelanggan lain yang datang menyekik di situ. 

Menurut @jijib0nk yang memuat naik video tersebut di Twitternya berkata, mereka sudah cuba menegur wanita terbabit tetapi respon yang diberi amatlah mengecewakan. 

"Kitorang dah pergi tegur tau. Lepastu diorang cakap 'abang pergilah report balai?', 'awak ni siapa?', 'korang pergilah dari sini', 'apa masalahnya?'. 

"Kata sembang bisnes juta-juta. Pergilah sewa seminar room!

"Marah-marah pasal bisnes di public. Bila orang tegur, dia suruh kitorang lak pergi dari sini," kata @jijib0nk. 

Tengok lah sendiri ????????????????????????????????? pic.twitter.com/sVVEI1r0vD
t$unadeh (@jijib0nk) January 12, 2019


Kitorang dah pergi tegur tau. Lepastu diorang cakap abang pergi lah report balai? awak ni siapa? Korang pergi lah dari sini apa masalahnya?
t$unadeh (@jijib0nk) January 12, 2019


Kata sembang bisnes juta2, pergi lah sewa seminar room!
t$unadeh (@jijib0nk) January 12, 2019


Rakaman video itu menarik perhatian netizen yang menganggap perbualan sekumpulan individu berkenaan adalah tidak kena pada tempatnya. 

"Sembang bisnes berjuta-juta tapi buat meeting kat mamak. Ada betul orang lain cakap pergi sewa bilik seminar ke apa, tapi dia bising-bising macam tu. Mana letaknya sikap profesional di eh? Tak hormat orang, marah kalau tak capai target. Gaya MLM sangat akak oi," kata @Aditya_flexi. 

Sembang bisnes berjuta, tp buat meeting kat mamak. Ada betul org lain ckp pergi sewa bilik seminar ke ape ke, tp dia bising2 cmtu, mana letaknya sikap profesional dia eh?? Xhormat org, marah klu xachieve target. gaya MLM sgt akak oiiiii
Aditya pratama (@aditya_flexi) January 12, 2019


"Masalahnya diorang bising dan ganggu ketenteraman orang lain dan orang rasa tak selesa. Haa! Itu masalah dia. Geram pula aku macam nak tampo tudung hijau tu," kata @amierulmunawar. 

Masalahnya diorg bising ganggu ketenteraman org lain dan org rasa tak selesa haaaa itu masalah dia eiii geram pulak aku mcm nak tampo tudung hijau tu
barli sejuk (@amierulmunawar) January 12, 2019


"Cakap je, 'bisnes kau pun nak lingkup pergi bincang bawah jambatan sana. Sini kedai nak makan, bukan nak dengar kau memekak macam anjing'," kata @syah11rah. 

Ckp je bisnes kau pun nk lingkup pg bincang bwh jambatan sana,sini kedai nak makan, bukan nk dgr kau memekak mcm anjing
Syeradew (@syah11rah) January 12, 2019


Premis awam seperti restoran atau kedai makan memang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pertemuan beramai-ramai. Akan tetapi hendaklah menjaga tingkah laku dan pertuturan agar tidak mengganggu ketenteraman pelanggan yang lain. 



SUMBER : thereporter.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts