EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] MembebeI Sebelum Tidur, Voice Note Kanak-Kanak Ini Undang Tawa Ramai

0 month ago, 11-Oct-2021

Kanak-kanak yang petah bercakap sememangnya boleh menceriakan hari-hari kita. Tambahan pula jika mereka sudah mula pandai membebeI seperti orang dewasa dan pandai memberikan nasihat kepada orang yang lebih tua, pasti kita pun akan terdiam mendengarnya.

Sama seperti perk0ngsian dari portal SAYS mengenai sebuah video yang tuIar baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak perempuan membebeI di dalam voice note WhatsApp telah menarik tumpuan.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Membebel suruh semua tidur dan jangan main telefon, siap suruh simpan duit beli mainan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @iliayuni_, kelihatan kanak-kanak itu menghantar beberapa voice note di dalam group WhatsApp keluarganya.

Suaranya yang comel sambil membebeI kepada semua orang di dalam itu saling tidak ubah seperti perangai mak-mak di luar sana.

Antara bebeIannya adalah menasihati agar tidak bermain TikTok, game PUBG, dan juga jangan asyik tengok emas saja. Lebih menghiburkan, dia menyuruh mak longnya menyimpan duit untuk membelikannya mainan dan susu.

Ketika ini, video tersebut sudah meraih 908K views, 97K likes dan 4.9K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur mendengar voice notesi kecil itu yang melucukan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

VIDEO:

 

Dengar banyak kali pun tak jemu sebab suara awak comel sangat dik! Banyakkan membebeI lagi ya!. – & video dipetik dari SAYS, TikTok

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...