EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Video makin diminati ramai, Jacky luang masa shopping baju baru

0 month ago, 15-Sep-2020

Selepas video membuat review makanan dan menemubual orang awam menjadi tular di media sosial, aksi spontan seorang lelaki istimewa yang dikenali sebagai Jacky TV sentiasa menjadi perhatian warganet.

Terbaru, lelaki yang mempopularkan ayat sting aku yahuuu itu membeli belah bersama rakan-rakannya yang juga merupakan tulang belakang bagi menghasilkan video di saluran Youtube mereka.

Perkara tersebut dikongsi team mereka melalui laman Twitter dengan memuat naik beberapa keping gambar Jacky ketika berada di sebuah butik pakaian.

Sting aku. Yahuuuu

Yang Bitter Mamanda Rudy (@rudyakhbar) September 14, 2020

Selesai belikan pakaian baru untuk Jacky. Terima kasih semua atas 100 ribu subscriber di YouTube,tulis kapsyen posting berkenaan.

Posting tersebut diulang kicau lebih 1,000 kali dan mendapat 2,300 tanda suka selain komen netizen yang menghargai usaha team mereka dalam menghasilkan pelbagai lagi video yang menarik.

Difahamkan, Jacky agak dikenali dalam kalangan warga Kuantan, Pahang dimana pada asalnya dia mencari rezeki sebagai penghibur jalanan.

Jangan sembang jacky ni for clout lah apa lah. Orang kuantan je tahu macam mana susah jacky ni menari dekat tc nak cari duit. Alhamdulillah sekarang nampak dia dah senang sikit, cukup makan boleh pergi sana sini. https://t.co/pHHsxZ7Nzs

Sheikh Rafie ???????? (@jusorennn) September 8, 2020

: Jacky TV , Youtube , Sheikh Rafie


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...