EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Baru Nak Makan Nasi, Lelaki Ini Tak Sangka Dilambvng Ombak Besar!

0 month ago, 11-Jun-2021

Bekerja di perairan laut mungkin menjadi idaman ramai lagi-lagi mereka yang gemar melihat pemandangan ombak laut. Tetapi baru-baru ini, ada satu kejadian melucukan yang dikongsikan oleh pemuda yang bekerja di pelantar minyak ini.

Semasa pemuda tersebut baru saja mahu makan nasi, siapa sangka dia kemudian menerima kejutan ombak besar secara tiba-tiba. Video kejadian itu turut tular dikongsikan di Tik Tok sehingga ia menerima hampir lapan juta tontonan setakat ini.

VIDEO :

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki tersebut dilihat sedang bersedia untuk menjamu selera sambil memegang sepinggan nasi di tangannya.

Dia juga turut memberitahu dia memilih untuk makan di situ kerana mahu melihat pemandangan ombak sambil makan. Namun tiba-tiba, muncul ombak besar yang melanda tempatnya berada sehinggakan dirinya turut sama terkena tempias.

nasi

Bukan itu saja, lelaki itu juga habis basah lencun gara-gara dilambung ombak besar itu. Tidak cukup dengan itu, nasi di dalam pinggannya juga turut sama terkesan dan tidak lagi dapat dimakan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur dengan kejadian yang menimpa lelaki ini. Malah ada juga yang berseloroh tidak semena-mena nasi yang mahu dimakannya itu bertukar menjadi berkuah.

Alhamdulillah jadi berkuah.

ombak

Haa jadi bubur terus

baru nak

Bahkan alam pun tau nasi mu kurang kuah.

komen

Ombak tu ada niat baik. Dia cuma nak tolong tambahkan kuah je.

tik tok

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Teh Tarik Kaw

: tiktok | HCL



SUMBER : tehtarikkaw.com



Live Website Traffic


loading...