EdisiViral.Com Search Guest Post Login

[VIDEO] Liverpool juara Piala Super UEFA

0 month ago, 15-Aug-2019

ISTANBUL: Penjaga gol simpanan Adrian muncul wira apabila kejayaannya menafikan sepakan penalti Tammy Abraham membolehkan Liverpool menewaskan Chelsea 5-4 dalam penentuan penalti, sekali gus memenangi Piala Super UEFA selepas permainan terikat 2-2 di Istanbul.



Kesemua sepakan penalti berjaya disempurnakan sebelum Mohamed Salah mengambil sepakan kelima Liverpool di laman Besiktas itu. Pemain gantian Abraham kemudian menyaksikan sepakannya diselamatkan Adrian, pemain yang baru ditandatangani ketika musim panas dan mendapat peluang beraksi akibat kecederaan Allison Becker.

Ia adalah kemenangan keempat Liverpool dalam pertandingan ini, kali terakhir pada tahun 2005 selepas kejayaan Liga Juara-Juara sebelumnya, juga di Istanbul.

Kini mereka sudah mengumpul 13 kejuaraan Eropah, dan mengharapkan untuk kembali ke Istanbul bagi aksi final Liga Juara-Juara musim ini.





Sadio Mane muncul wira Liverpool dalam tempoh permainan sebenar apabila memadamkan kelebihan Chelsea hasil jaringan Olivier Giroud untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Kemudian Mane meletakkan skuad kendalian Jurgen Klopp di depan pada minit ke-95 sebelum pengadil wanita Stephanie Frappart memberikan sepakan penalti kepada Chelsea selepas Abraham dijatuhkan Adrian. Jorginho menyempurnakan sepakan untuk mengikat Liverpool 2-2.

Pengendali Chelsea, Frank Lampard sekali lagi terlepas peluang menjulang Piala Super, sebelum ini dua kali sebagai pemain termasuk tewas penentuan penalti kepada Bayern Munich pada tahun 2013. AFP





SUMBER : bazookapenaka.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com