EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Lagak Seperti Polis Trafik, Marshal Geng Motosikal Kuasa Tinggi Dicari Pihak Berkuasa

0 month ago, 21-Nov-2021

Pihak polis sedang mengesan marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini, seperti yang tuIar di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis DaerahPort Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, video yang tuIar itu menunjukkan aksi marshal memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan ahli konvoi melalui persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Dalam rakaman yang dikongsikan oleh pengguna FacebookEpul Adam Helmet Bajet, walaupun lampu sedang merah, marshal berkenaan mengarahkan trafik untuk berjalan demi memberi ruang kepada konvoinya melepasi lampu isyarat tersebut.

Ketika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tujuan tindakan marshal dipercayai bertujuan untuk memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dalam konvoi bagi melepasi lampu isyarat, katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, konvoi motosikal berkuasa besar itu bergerak dari Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.

Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan dan sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD Port Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222.

Pihak PDRM menasihati kepada kumpulan konvoi yang bergerak supaya tidak membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal dan melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran mana-mana pegawai polis. Ianya membhayakan kepada diri sendiri pengguna dan menyekat kebebasan bergerak di jalan awam.

Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Sekyen 79(2)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tindakan marshal itu mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan itu sebagai besar kepala dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Sekiranya anda berkonvoi, berkonvoilah secara berhemah. – & video dipetik dari The V0cket, Facebook Epul Adam Helmet Bajet & Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...