EdisiViral.Com Search Guest Post Login

(Video) 'Kau kalau tak boleh duduk berjiran, pergi dalam hutan!' - Pengadu dakwa disabotaj jiran tetapi sebenarnya....

0 month ago, 13-Aug-2019


"Ei apa perangai kau bangs*t macam ni?!" itu kata-kata yang terpacul dari mulut si pengadu yang mendakwa jiran belakang rumahnya cuba menganiaya saluran paip rumahnya.

Video viral berdurasi 43 saat itu menunjukkan seorang wanita berusia 40-an mengikat plastik pada saluran paip belakang rumah pengadu. 

Pengadu yang tidak berpuas hati dan mengesyaki jirannya mahu melakukan sabotaj terus bertindak merakam dan memarahi jirannya itu. 

"Kau kalau tak boleh duduk berjiran, kau pergi (duduk) dalam hutan la! Pagi-pagi kurang ajar sangat kau ni! 

"Ambik! Ambik! Hantar report kat polis. Kau silap la kau, aku hantar (kat polis). 

"Buat perangai kau. Tunjuk b*nt*t sikit," katanya pengadu sepanjang video itu dirakam. 


Namun begitu, jirannya tidak mengendahkan. Hanya membalas kata-kata pengadu itu dengan perbuatannya yang seperti mengejek. 

Berdasarkan video viral itu, paip tersebut dipercayai saluran paip sinki yang terus dihalakan ke longkang dalam keadaan melintang ke depan yang berkemungkinan air yang keluar dari saluran itu melimpah ke bahagian jalan. 

Video viral yang tidak disertakan dengan penjelasan itu mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang percaya dengan dakwaan pengadu terbabit. 

Bagaimanapun, ada individu yang tampil menjelaskan ada sebab mengapa si jiran mengikat plastik pada paip belakang rumah pengadu. 

"Bila ada yang share gambar ini, baru faham kenapa makcik tu ikat plastik kat paip rumah dia. 

"Cuba perhatikan video dengan gambar ini. Dekat gambar paip dah disambung ke bawah. Dekat video makcik itu ikat plastik paip tergantung. 

"Jadi akak yang rakam video inilah yang tak pandai hidup berjiran. Mohon akak yang rakam video ini pindah ke dalam hutan. K bye," kata individu berkenaan. 



: Sembang Bikin Bimbang


SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com