EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Kabinet Saya Boleh Letak Mangkuk Kitar Semula Penyanyi Lagu Parodi Azman Naim

0 month ago, 28-Aug-2021

Penyanyi lagu parodi Mohd Nur Azman Naim muncul dengan klip video mengenai kabinetnya pada hari sama Perdana Menteri Ismail Dato’ Seri Sabri Yaakob mengumumkan senarai Jemaah Menteri dan timbalan menteri.

Dalam klip ringkas itu, Azman berkata beliau cuma mahu berk0ngsi di media sosial, kabinet dapurnya yang mengandungi mangkuk yang boleh dikitar semula.

BOLEH T0NT0N VIDEO DI BAWAH

Video ringkas itu ditont0n 834.3K, dik0ngsi 11.7k dengan lebih 45.4K tanda suka di TikTok Azman Naim 44 Mantra.

Kebanyakan mereka mengaitkan video Azman kepada pengumuman Jemaah Menteri oleh Dato’ Seri Ismail di Putrajaya pagi tadi.

Mereka menyifatkan Jemaah Menteri Putrajaya itu sebagai sarat dengan muka lama yang tidak menguja, dan dikitar semula daripada barisan Jemaah Menteri pimpinan Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan minggu lalu.

Kerajaan baru, muka lama, hasil dari kitar semula, sah la rakyat Malaysia yang kurang bijak pandai, kata warganet Rosli Lie.

Erin Adrian berkata, perghh betul-betul perli tu, yang duduk kat Kabinet memang yang recycle.

Padu tak faham jugak tak tahu la, kepada kerajaan tu jangan nak kejar jawatan je, rakyat sentiasa memerhati, kok jadi kabinet dapur, kata Anyar Jack Sperow.

Fariz Zakaria menyifatkan Jemaah Menteri itu sebagai kerajaan PN kitar semula. Kalau tak sokong PN, marah. Sendiri mangkuk tak sedar. Menyusahkan rakyat.

Dalam membentuk pentadbirannya, Dato’ Seri Ismail yang juga naib presiden Umno, mengekalkan kebanyakan menteri lalu, meskipun ada yang ditukar portfolio.

Pada masa sama, veteran seperti Shahidan Kassim diberi nafas politik baharu apabila dilantik Menteri Wilayah Persekutuan dalam Jemaah Menteri yang merangkumi 69 menteri dan timbalan menteri.

Antara drah muda ditampilkan oleh Ismail adalah Ahmad Faizal Azumu, sebagai menteri belia dan sukan.

Faizal yang juga dikenali Peja adalah bekas menteri besar Perak dan timbalan presiden Bersatu. Beliau menjadi penasihat kepada Tan Sri Muhyiddin kira-kira tiga minggu sebelum Ahli Parlimen Pagoh itu meletak jawatan.

Azman, mencipta nama di media sosial dengan menyanyi lagu dengan lirik mencuit hati diubah mengikut isu semasa.

VIDEO:

 

Semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Azman dicari kerana lagunya mendapat perhatian baginda.

Artikel Berkaitan: Siapa Kenal Dia?- TMJ Cari Penyanyi Lagu Par0di PKP

Tunku Ismail diIaporkan berkata, penyanyi berkenaan dicari bukan atas sebab yang tidak baik tetapi susulan sebuah video nyanyian semula My Way dendangan Frank Sinatra yang diolah dengan lirik mengenai vaksinasi yang mencuit hati.

Baginda menyifatkan video olahan Azman itu sebagai First Class. – & video dipetik dari MYKMU, FMT, TikTok Azman Naim 44 Mantra

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...