EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Hasilkan Potret Tokti Hanya Gunakan Rubik, Ramai Teruja Dengan Kreativiti Lelaki Ini

0 month ago, 26-Aug-2021

Setiap manusia di dunia ini pasti mempunyai bakat dan kepakaran tesendiri yang boleh membuatkan orang yang melihat hasil itu berasa kagum.

Begitu juga dengan individu yang bernama Zabli Ab Hadi, apabila bakat yang ditunjukkan di media sosial mendapat pujian daripada warganet oleh kerana kreativitinya.

Menerusi perk0ngsiannya di akaun Tiktok, Zabli telah menghasilkan potret seorang selebriti nombor satu tanah air iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza menggunakan rubik kiub.

BOLEH T0NT0N VIDEO DI BAWAH

Permintaan itu telah dibuat oleh salah seorang warganet di ruangan komen.

Hasil yang ditunjukkan olehnya sangat mengagumkan warganet. Dia membuat potret tersebut hanya bermodalkan gambar dari sumber google sahaja.

Namun, hasilnya sangat memuaskan dengan penampakan senyuman penyanyi itu yang sungguh manis walaupun menurutnya kali ini dia hanya mencuba nasib sahaja.

Justeru itu ada juga yang bertanya berapa lamakah masa yang digunakan oleh Zabli untuk menyiapkan potret tersebut.

Menurutnya, masa yang diambil hanyalah selama 3 hingga 4 jam sahaja dan sebanyak 391 rubik kiub telah digunakan untuk menyiapkan potret Dato Sri Siti Nurhaliza.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan hasil potret itu dan kagum dengan bakat yang ada pada dirinya kerana tidak semua orang mampu membuat potret hanya menggunakan rubik kiub.

Video yang dik0ngsikan itu telah mendapat tont0nan lebih daripada 1 Juta di akaun Tiktok miliknya.

Memang genius orang yang boleh buat ni, terbaiklah bang. Alhamdulillah Allah bagi kelebihan dekat abang

Macam ni masuk Malaysia Book Of Record baru betul ujar warganet.

Sebelum ini, Zabli telah memuat naik video pertamanya membuat potret Allahyrhamah Siti Sarah bersama suaminya Shuib dengan menggunakan rubik kiub yang sama.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kreativiti Lelaki Ini Hasilkan Potret Shuib Dan Siti Sarah Guna Rubik Cube Raih Perhatian Ramai

Katanya dia telah menggunakan sebanyak 400 buah rubik kiub dan mengambil masa selama sehari untuk menyiapkan potret tersebut.

Walaupun pada mulanya dia berasa sedikit malu dan kek0k dengan media sosial, oleh kerana mendapat sok0ngan warganet dan rata-rata mereka suka dengan hasil tangannya, kini dia berasa lebih semangat untuk membuat video penghasilan potretnya lagi.

VIDEO:

 

Bukan mudah mahu hasilkan karya sedemikian kerana ianya memerlukan kesabaran dan daya kreativiti yang tinggi. – & video dipetik dari Yoy Network, TikTok

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...