EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Gerakan Sup Sap & Assist Comel Alex Kepada Kipre Lengkapkan Kebangkitan Kedah Atasi Selangor

0 month ago, 07-Apr-2021

Selangor dan Kedah turun beraksi dalam stadium berpenyokong buat pertama kali. Kedau dua pasukan pastinya sedar bahawa, ini adalah perlawanan besar dalam kalendar bola sepak mereka.

Selangor di hadapan menerusi Oliver Buff yang mengambil kesempatan daripada situasi kelam kabut di hadapan pintu gol pasukan Kedah. Buff menghulurkan kakinya menewaskan Shahril Saari.

33' Gol | Oliver Buff membuka tirai jaringan di Stadium MBPJ!@selangorfc 1-0 @kda_fc #LigaSuper2021 pic.twitter.com/iDPhPPhlVq

Malaysian Football League (@MFL_MY) April 6, 2021

Selangor memiliki beberapa peluang keemasan dalam separuh masa pertama namun tidak dapat disudahkan. Kredit juga kepada Shahril Saari yang berjaya beraksi cemerlang ketika mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaga gol utama, Ifwat Akmal.

Pada separuh masa kedua, Kedah mencipta kebangkitan. Bermula daripada gol pertama oleh Kpah Sherman. Yang diperoleh menerusi sepakan penalti. Kipre yang berlari menyusup masuk ke dalam kotak penalti telah dijatuhkan.

Kpah Sherman tiada masalah langsung menewaskan Khairul Azhan dengan satu penalti yang sangat tenang dan berkeyakinan tinggi dengan meleretkan sahaja bola.

Gol penalti Kpah Sherman menyamakan kedudukan 1-1. What a side turn!#kdafc #ligasuper2021 pic.twitter.com/7B03rIdzKW

KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) April 6, 2021

Tidak lama selepas itu, Kedah melengkapkan kebangkitan mereka dengan gol oleh Kipre. Ianya bermula daripada kesilapan pemain Selangor yang hilang bola di dalam defensive third mereka, dalam kotak penalti.

Kedah mengitar terus bola itu menerusi Azamuddin Akil. Beliau dengan tangkasnya memintas bola dan melakukan sentuhan penting untuk menewaskan pertahana. Azamuddin Akil aka Alex berjaya menjelmakan kreativitinya dengan melorongkan bola kepada Kipre.

Ini merupakan kekalahan ketiga Selangor musim ini. Dan mereka berada di tangga ke-7.

Kedah terus berada di belakang JDT dengan kemenangan penting dari gelanggang lawan ini.

???? KEDUDUKAN LIGA SUPER LS7#LigaSuper2021 pic.twitter.com/JTHEiHnF9D

Malaysian Football League (@MFL_MY) April 6, 2021



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...