EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

(Ada Video) Fenomena Langit Berdarah Gemparkan Penduduk Bandar Di China

0 month ago, 10-May-2022

(Ada Video) Fenomena ‘Langit Berdarah’ Gemparkan Penduduk Bandar Di China | BEIJING – Langit di bandar raya Zhoushan, China bertukar menjadi merah di bawah lapisan kabut baru-baru ini.

Langit yang berwarna merah di tepi pelabuhan bandar raya pada Sabtu lalu itu menimbulkan tanggapan bahawa ia berlaku disebabkan terdapat kejadian kebakaran yang tidak terkawal.

Ia turut menjadi topik perbincangan di media sosial seperti aplikasi Sina Weibo, dengan menarik lebih 150 juta tontonan.

Di Douyin, pengguna TikTok menyatakan langit merah itu sebagai petanda buruk terhadap cara pengendalian pandemik Covid-19 oleh China yang kini muncul semula di Shanghai.

Namun, media tempatan menjelaskan fenomena cuaca aneh itu bukanlah petanda dunia akan berakhir.

Menurut media di China, ia sebenarnya hasil daripada pembiasan cahaya.

“Apabila keadaan cuaca baik, lebih banyak air di atmosfera membentuk butiran pepejal yang membiaskan dan menyerakkan cahaya bot nelayan serta mencipta langit merah yang dilihat oleh orang ramai,” kata seorang kakitangan Biro Meteorologi di Zhoushan seperti yang dipetik daripada Global Times.

Kejadian langit menjadi merah pernah terjadi selama sembilan hari di kebanyakan negara pada tahun 1770.

Menurut saintis Jepun dalam artikel pada tahun 2017, kejadian pada tahun 1770 itu berlaku disebabkan oleh aktiviti solar.

Seorang pakar daripada pasukan penyelidik fizik angkasa Universiti Geosains China di Wuhan memberitahu media bahawa aktiviti solar dan geomagnet pada Sabtu lalu adalah tenang dan tidak ada sesuatu yang luar biasa berlaku dalam aktiviti solar.

SUMBER : Sinar Harian

(Ada Video) Fenomena ‘Langit Berdarah’ Gemparkan Penduduk Bandar Di China KHALIFAH MEDIA NETWORKS.





Live Website Traffic


loading...