EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[Video] Detik Ahmad Maslan Cakap Orang PHD Lebih Faham Kenapa Perlu PRU Berbanding Pemarut Kelapa

0 month ago, 11-Jan-2021
save 2.0

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan terus berkeras mendesak dan mahukan pilihanraya umum (PRU) diadakan dengan segera.

Ahmad Maslan sedar bahawa pandangannya tidak disenangi ramai pihak kerana ketika ini negara sedang bergelut untuk memerangi wabak.

Ahmad Maslan tampil dengan alasan yang kontroversi. Dan pada masa yang sama menyatakan bahawa golongan berpendidikan tinggi akan lebih memahami keperluan mengadakan PRU dengan secepat mungkin.

Ahmad Maslan kemudian merujuk kepada satu temu bual oleh sebuah stesen televisyen dengan seorang individu yang bekerja sebagai pemarut kelapa. .

Di mana menurut Ahmad Maslan, jelas sekali pemarut kelapa tersebut tidak faham kenapa PRU perlu segera diadakan.

Saya dipertontonkan dengan [satu temubual] Astro Awani atau TV3, tidak pasti, dia ada temubual seorang pemarut kelapa. Tak pastilah (individu) itu daftar undi atau tidak. Dia cakap tak boleh lakukan PRU kerana Covid-19.

Tapi saya jawab kenapa perlu PRU, kerana banyak negara yang sudah lakukan antaranya di Amerika Syarikat, Singapura dan kita juga dah laksana pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah, katanya di program wacana anjuran Umno Tanjung Malim hari ini.

Dan kerajaan di Malaysia ini ialah kerajaan satu, satu, satu, campur satu saja! Perasan ke, tidak?

Rasanya yang memarut kelapa tadi tu, dia tidak perasan yang ditemu bual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah, harap dia sekolah tinggilah.

Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD (ijazah kedoktoran), saya rasa tentu dia boleh mengulas dengan lebih tepat, katanya sambil merujuk kepada Prof Madya Dr Baharuddin Aziz dari Center for Leadership and Professional Development dan Adun Slim, Mohd Zaidi Aziz.

RT BFMradio: RT @NewsBFM: Umno sec-gen Ahmad Maslan has defended the party's proposal for GE15 to be held by Q1.

He also implied that only highly educated people or PhD holders will understand the need, citing a coconut grater interviewed on TV who beli pic.twitter.com/8wMzMDbDRv

winston&co. (@winstonetco) January 10, 2021

Seterusnya Ahmad Maslan juga menegaskan bahawa, tiada masalah untuk mengadakan pilihanraya umum. Ini kerana, kita semua boleh beratur di supermarket dan membeli makanan, kenapa puak tak boleh beratur masa pilihanraya.

"(If) going to supermarket is possible, why voting with strict SOP is not possible?" Ahmad Maslan#AWANInews #EnglishNEWShttps://t.co/jTX9jQps4e

????????Astro AWANI???????? (@501Awani) January 10, 2021

Selepas membuat kenyataan tersebut Ahmad Maslan menyatakan kenyataannya telah diputar belit. Dia menyatakan sebenarnya mahukan PRU selepas banjir selesai dan vaksin digunakan dengan SOP yang ketat.

Saya sebut #PRU JIKA #banjir selesai & #vaksin dah dimulakan

Saya sebut #SPR nyatakan dlm #Sinar & #Star, OK PRU dgn SOP yg ketat

KEMPEN GUNA MEDIA SOSIAL

Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur SETIAP HARI kenapa tak boleh cuma 1 HARI beratur mengundi dgn SOP ketat? pic.twitter.com/0iIsPMH4Bq

Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) January 10, 2021



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...