EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Saya Berdoa Kepada Allah, Demi Ibadah Haji Lelaki Ini Berjalan Kaki Sejauh 6,500 KM

0 month ago, 29-Aug-2021

Seorang rakyat British beragama Islam berasal dari Iraqi-Kurdish berjalan sejauh 6,500 kilometer (km) dari United Kingdom (UK) ke Arab Saudi yang dijangka tiba menjelang musim haji tahun depan.

Perjalanan Adam Mohamed, 52, bermula dari kediamannya di Wolverhampton pada 1 Ogos lalu dan berhasrat tiba di Makkah sebelum musim haji bermula Julai tahun depan.

Ketika ini, lelaki itu sudah tiba di Netherlands dan akan melalui Republik Czech, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan.

Secara purata dia akan berjalan sejauh 17.8 kilometer sehari.

Satu hari saya bangun dan berkata pada diri sendiri bahawa saya akan berjalan untuk menunaikan haji, berjalan ke Makkahini saya lakukan sekarang.

Saya berdoa kepada Allah supaya memberikan rahmat dan keampunan kepada kita semua, katanya kepadaArabNews.

Sambil menolak troli seberat 250 kilogram (kg) yang dilengkapi pembesar suara mengalunkan ayat suci al-Quran, Mohamed berkata, dia menyebarkan mesej cinta, keamanan dan persamaan.

Saya keluar dari rumah dan perjalanan saya menjadi perjalanan ummah (masyarakat).

Sekarang, ia bukan hanya perjalanan saya seorang, tetapi untuk semua orang tanpa mengira kaum, bangsa, agama, kepercayaan dan etnik, katanya.

Jurutera elektrik yang bekerja sendiri itu juga bertemu puluhan orang sepanjang perjalanan itu.

Ramai yang datang untuk memberikan penghormatan, mereka juga membawa makanan kepada saya setiap hari.

Kebanyakan mereka memberikan wang dan ada juga yang meninggalkan segala-galanya serta tinggal bersama saya dan menolak troli bersama, katanya.

Laman GoFundMe turut dibuka pada 1 Ogos untuk meraih dana bagi menjayakan misi lelaki itu yang dinamakan Perjalanan Aman dari UK ke Makkah yang sudah meraih hampir Pound Sterling 30,00 (RM172,278), melepasi sasaran awal Pound Sterling 1,000 (RM5,742).

VIDEO:

& video dipetik dari MYKMU, Youtube

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...