EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Beberapa Kali Tangguh Nikah, Puteri Aishah Akhirnya Selamat BergeIar Isteri Ahli Perniagaan

0 month ago, 21-Nov-2021

Pelakon Puteri Aishah, 27, selamat diijab kabul dengan ahli perniagaan, Muhammad Firdaus, 28, dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota jam 11.15 pagi tadi.

Puteri atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman dinikahkan oleh Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan disaksikan bapa Puteri, Sulaiman Abd Rahman.

Dengan mas kahwin bernilai RM300, Puteri menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh manakala wang hantaran pula dirahsiakan jumlahnya.

Puteri berkata, dia sudah lama menantikan saat ini dan berharap ikatan perkahwinan akan berkekalan hingga akhir hayat.

Alhamdulillah, majlis dirancang berjalan lancar selepas beberapa kali ditangguh akibat pandemik C0VID-19. Saya bersyukur apabila impian kami untuk melihat perkahwinan ini disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak tercapai.

Saya dan suami juga memoh0n maaf kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan artis yang lain kerana mengikut prosedur yang ditetapkan, katanya.

Menurut Puteri, dia mengakui Firdaus memiliki setiap ciri-ciri lelaki idamannya.

Sepanjang dua tahun mengenali Firdaus, saya menyukai keperibadiannya. Dia seorang yang baik dan mengutamakan keluarga. Dia sangat menyayangi dan meletakkan keluarganya nombor satu.

Malah, dia juga sentiasa menyok0ng minat saya dalam bidang lakonan. Dia juga sudah bagi lampu hijau jadi saya boleh teruskan kerjaya ini selama mungkin, katanya.

Majlis yang diadakan secara sederhana membabitkan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah pihak itu menyaksikan Puteri dan Firdaus sedondon mengenakan busana rona putih.

Dalam pada itu, majlis resepsi pasangan bahagia ini bakal diadakan di hotel yang sama malam ini.

& foto dipetik dari Xtra, BH,
CST Production, Instagram Puteri

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...