EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

[VIDEO] Atlet MMA Ini Meronta, Menangis Kesakitan Selepas Disepak Di Telurnya

0 month ago, 16-Sep-2020

Atlet menangis pada akhir persaingan adalah benda yang biasa kita tengok. Sama ada menangis gembira ataupun menangis sedih.

Tapi kali ini adalah tangisan yang menyakitkan teramat sangat dari lubuk hati yang paling dalam,

Seorang petarung MMA menangis meraung dan teresak-esak di atas lantai gelangang setelah terkena sepakan berputar / spinning kick di bahagian telurnya.

blank

Ia dianggap pemusnah paling kejam ke atas seorang lelaki, tak kiralah mereka petarung MMA ataupun komando elit sekalipun.

Mungkin ada (terutamanya lelaki) yang tak sanggup melihat aksi ini walaupun ianya tidak melibatkan detik yang sangat gore.

Dear Gods pic.twitter.com/utPSHfRTCf

Varun Khanna (@BrownBearVK) September 12, 2020

Peter Stanonik berada di pusingan kedua pertarungannya menentang Raymond Daniels pada acara Bellator 245 di Connecticut malam 11 September.

Stanonik dilihat tidak dapat bangun ataupun terbaring mahupun duduk kerana mencari posisi yang selesa.

Dia hanya mampu merangkak dan meronta ronta dalam tangisan kesakitan.

Tidak pernah sekali petarung 32 tahun menyangka pusat sumber zuriatnya itu akan dirembat orang pada malam itu.

Dengan sepakan ke sarang telurnya, maka pertarungan itu dibatalkan.

Namun pihak bellator mengesahkan sepakan itu bukan disengajakan dan Daniels tidak akan dikenakan hukuman lanjut. Cukuplah dengan menamatkan pertarungan kerana foul dan kemenangan diberikan kepada Stanonik.

Stanonik mengambil masa 5 minit untuk bangkit dan keluar daripada kemuncak kesakitan yang dialaminya.

Harus diakui Daniels yang berusia 40 tahun bertarung dengan sangat baik pada usianya. Namuntetapi peraturan adalah peraturan.

Siapa sangka pertarungan itu berakhir dengan tangisan penuh kesakitan seorang lelaki.

This is hands down the worst kick to the nuts I've ever seen ????pic.twitter.com/0Jmx7PcKyO

Chamatkar Sandhu (@SandhuMMA) September 12, 2020

Dalam wawancara setelah pertarungan, Daniels menyatakan simpatinya terhadap lawannya, dan menjelaskan dia tidak akan sengaja menendang seseorang di pangkal paha yang dilarang dalam MMA.

Daniels hanya mampu mendoakan Stanonik baik baik sahaja.

Dia berkata: Saya harap lawan saya Peter baik-baik saja, jelas saya tidak pernah bermaksud ataupun sengaja memukul sesiapa pun dengan pukulan rendah yang memudaratkan.

Setiap kali saya menjatuhkah atau mengalahkan seseorang, saya harap mereka baik-baik saja, jadi saya harap dia baik-baik saja. Jelas bukan bagaimana saya mahu pertarungan itu berlanjutan. Saya ada pengakhiran yang sama sekali berbeza.

Daniesl juga menyatakan tahun 2020 ni memang pelik termasuk kepada dirinya. Tidak pernah sekali perkara itu berlaku dalam hidupnya.

Ini pertama kalinya ia benar-benar berlaku.

2020 adalah tahun seperti itu, tahun gila. Saya biasanya tidak pernah terlepas sepakan saya seperti itu.


SUMBER : axello.net

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...