EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

[VIDEO] Mahu Atasi Pemandu PeIesit, Lelaki Ini Menyamar Buat Speed Trap Depan Rumah

0 month ago, 10-May-2022

Tidak dapat dinafikan bahawa ada segelintir pemandu yang memandu melebihi had laju terutama sekali apabila mereka memandu di lebuh raya dan kawasan kampung.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok@fiezamieza telah berk0ngsi sebuah video memaparkan gelagat ayahnya yang menyamar seperti polis trafik yang sedang merakam pemandu laju di depan rumahnya.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Difahamkan, tindakan ayah wanita tersebut disebabkan ‘berang’ banyak kereta dipandu laju di kawasan rumahnya. Oleh itu, pendekatan ini diambil bagi membuatkan pemandu memandu mematuhi had laju ditetapkan.

Menerusi video tersebut, ayah wanita itu menggunakan ring light serta beberapa barangan lain yang kelihatan seolah-olah seperti seorang polis trafik yang sedang melakukan operasi ‘speed trap.

Perk0ngsian itu mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata warganet memberikan pujian kepada ayah wanita tersebut yang dilihat cuba untuk membuatkan pemandu-pemandu kereta memperlahankan kereta mereka.

Bukan itu sahaja, para warganet turut memberikan beberapa cadangan untuk ayah wanita itu seperti meletakkan hair dryer, pakai vest dan sebagainya agar kelihatan lebih real.

VIDEO:

& video dipetik dari The V0cket, TikTok

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...