EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

(Vide0) Rombongan Pengantin Lelaki Salah Pergi Rumah Orang Lain Siap Duduk Lagi Padahal Bukan Rumah Pengantin Perempuan

0 month ago, 06-Apr-2021

Bila tibanya hari paling bahagia untuk setiap pasangan iaitu hari perkahwinan, pasti setiap orang berharap agar ianya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang cacat cela.

Namun, tiada apa yang sempurna di dunia ini, walaupun semuanya sudah dirancang dengan rapi.

Seperti situasi yang tular di Indonesia ini, rombongan pengantin lelaki dipercayai telah menyerbu ke dalam rumah yang salah, lapor Tribun Lombok.

Sementara pengantin wanita sedang menunggu rombongan lelaki yang tidak kunjung tiba, rombongan lelaki dipercayai telah pergi ke alamat rumah yang salah, menyerahkan hantaran dan duduk di dalam rumah itu.

Setelah menyedari bahawa mereka tersilap alamat, mereka terus keluar dari rumah itu dan mengambil semula barang hantaran.

Video kejadian itu telah tular di Indonesia sejak beberapa hari yang lalu.

Dalam video tersebut, dapat dilihat mereka terpaksa menanggung malu kerana tersalah alamat.

Menurut Tribun Lombok, mereka pergi ke kediaman seorang wanita yang sedang mengadakan majlis pertunangan.

Mereka tersesat kerana menggunakan share location di Google Maps yang dihantar pada mereka.

Kebetulan pula, kampung itu pada ketika itu mempunyai dua majlis iaitu pernikahan dan pertunangan.

Video:

KOMEN NETIZEN:

Tak kan la pengantin lelaki atau ahli keluarga tak tau alamat rumah bakal isteri.. Kalau tetamu yg salah alamat biasa la dgr..

Teringat member aku salah umh open hse.. tmn yg same, lorong yg same ade 2 umh buat open hse.. da kyg melantak baru tau tu umh jiran rupe nye..

Ini namanya JODOH SALAH ALAMAT

: SIakap Keli



SUMBER : metro.allnws.com



Live Website Traffic


loading...