EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Veveonah bertemu Perdana Menteri, terharu dapat jemputan istimewa

0 month ago, 13-Sep-2020

Pelajar asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin gembira apabila mendapat peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabah baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, remaja berusia 18 tahun itu berkata dia dan ibu bapanya menerima jemputan untuk menikmati makan malam bersama Ahli Parlimen Pagoh berkenaan.

Ia merupakan penghormatan bagi saya & ibu bapa saya kerana dijemput untuk makan malam bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dia seorang yang rendah hati dan luar biasa. Terima kasih banyak Tan Sri, tulisnya dengan memuat naik sekeping gambar swafoto bersama Muhyiddin.

Posting tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dimana pengikutnya memuji gadis berkenaan bertuah dapat bertentang mata dengan pemimpin disenangi ramai itu.

Wow, PM jumpa #veveonah gambar: Netizen.

Posted by Borneo Echo onSaturday, September 12, 2020

Terdahulu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin turut bertemu Veveonah bagi menyampaikan permohonan maaf kerajaan atas kekeliruan yang timbul disebabkan kenyataan seorang timbalan menteri.

: Veveonah Mosibin , Borneo Echo


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...