EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Utamakan kebersihan, perompak di India sempat pakai hand sanitizer sebelum larikan wang dan barang kemas

0 month ago, 15-Sep-2020

Umumnya kita semua akur dengan keadaan normal baharu, di mana kita hendaklah menjaga penjarakan fizikal, sentiasa memakai pelitup muka dan juga kerap mencuci tangan.

Tidak dilupakan, mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman jika kita berada di kedai-kedai atau pasaraya.

Itulah yang dilakukan oleh beberapa orang pemuda di India ini, di mana rakaman CCTV menunjukkan mereka juga akur apabila diminta memakai cecair pembasmi kuman.

Menyangka bahawa mereka hanyalah pelanggan biasa, pekerja sebuah kedai barangan kemas dilihat menyembur cecair berkenaan pada tangan mereka.

@alok_pandey/Twitter

Namun selesai sahaja menggosokkan cecair itu pada tangan, mereka kemudian mengeluarkan senjata iaitu pistol. Ya, mereka sebenarnya ingin merompak!

Oleh kerana pemakaian pelitup muka adalah perlu, nampaknya ia sudah cukup memudahkan 'urusan' perompak-perompak ini.

Kejadian itu berlaku di Aligarh, Uttar Pradesh pada 11 September lalu sekitar jam 2 petang dan hanya memakan masa kurang daripada seminit.

Menurut pihak polis, perompak tersebut berjaya mengambil wang tunai berjumlah 30,000 hingga 40,000 (RM1,696 RM2,263).

Berikut video penuhnya :

In Aligarh , then men rob a jewellery shop following full covid protocol - walk in wearing masks , get hands sanitised and then whip out a gun and rob the establishment ! @aligarhpolice have promised swift action ... pic.twitter.com/hTOREmEg2W

Alok Pandey (@alok_pandey) September 11, 2020

Dan mereka juga berjaya melarikan sejumlah barangan kemas yang dianggarkan bernilai 40 lakh iaitu bersamaan dengan RM226,346.

Pihak polis walau bagaimanapun berjanji akan berusaha sebaik mungkin serta mengerahkan pasukan khas untuk menyiasat kes ini.

Dengan bantuan rakaman CCTV, kami akan selesaikan kes ini secepat mungkin dan menangkap si pelaku.

 

Utamakan kebersihan, perompak di India sempat pakai hand sanitizer sebelum larikan wang dan barang kemas Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...