EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Utamakan ibu, dahului adik & sering ke ceramah agama, pengakhiran indah buat Abam

7 month ago, 10-Feb-2020

Pagi tadi, industri seni tanah air telah dikejutkan dengan pemergian pelawak terkenal iaitu Abam Bocey. Abam Bocey yang dikenali sebagai seorang yang mesra dan dilihat begitu rapat dengan kebanyakan orang dalam industri Malaysia.

Pemergiannya secara mengejut ini sememangnya sukar untuk diterima oleh ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan mereka. Rakyat Malaysia dan juga para peminat kumpulan Bocey juga turut bersedih atas kehilangan satu lagi permata berharga di Malaysia ini.

Tidak dapat dinafikan, urusan pengebumian jenazah Abam dihadiri dan disolatkan dengan beribu-ribu orang yang datang dari pelbagai latar belakang. Urusan terakhir arwah di dunia juga turut disempurnakan dengan kehadiran ustaz-ustaz dan juga Pencetus Ummah yang terkemuka.

Kata-kata dan juga ucapan Abam sebelum ini telah dikongsikan oleh beberapa Ustaz menerusi akaun media sosial peribadi milik mereka. Perkongsian tersebut rata-ratanya memperlihatkan Abam merupakan seorang anak dan lelaki yang sangat mengutamakan keluarganya dahulu.

Malah, Ustaz Ebit Lew juga dilihat mendedikasikan sebuah penulisan sayu dan sarat dengan keperibadian Abam di laman Instagram miliknya.

Jadi tidak hairanlah pengakhiran Abam Bocey ini Allah SWT muliakan dengan kunjungan ramai orang dan juga himpunan doa buat diri-Nya. Keperibadian yang baik semenangnya akan disenangi oleh orang ramai.

Takziah diucapkan kepada keluarga dan sahabat handai atas kehilangan Abam Bocey.

Al-fatihah.


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...