EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Usahawan piano Petrof kehilangan pesanan China bernilai RM9 juta, taikun Czech beli kesemuanya sebagai sumbangan kegunaan sekolah

0 month ago, 11-Sep-2020

Cara diplomasi menekan dengan taktik perang serigala oleh China telah menimbulkan reaksi di Eropah dan Amerika Syarikat. Sejak beberapa bulan lalu, Republik Czech telah diancam secara terbuka oleh Beijing lebih-lebih lagi ketika negara itu mula menjalinkan hubungan yang baik dengan Taiwan.

Presiden Senat Republik Czech, Milo Vystr?il telah mengunjungi Taiwan beberapa hari yang lalu dan beliau telah diancam oleh Menteri Luar China, Wang Yi untuk membayar harga ekoran lawatan itu.

Pihak berkuasa Beijing kemudiannya menekan para usahawan China untuk membatalkan pesanan mereka ke atas pengeluar piano dari Republik Czech yang terkenal, Petrof.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Petrof Pianos (@petrof_pianos_official) on

11 piano Petrof yang berharga 5.3 juta koruna (RM 9.84 juta) telah dibatalkan dan ditarik balik selepas lawatan Milo Vystr?il ke Taiwan.

Selepas mendapat tahu berita itu, taikun minyak dan gas yang juga orang ketiga terkaya di Republik Czech, Karel Komrek telah memutuskan untuk membeli kesemua piano itu dan menyumbangkannya sebagai derma ke sekolah-sekolah di negaranya.

Menurut laporan dari media Czech iROZHLAS, Karel Komrek berkata ketika mengetahui bahawa piano Petrof telah ditolak oleh China, beliau dan isterinya, Stepanka Komarkova memutuskan untuk membeli 11 piano ini atas nama yayasan yang dibiayainya dan telah mengedarkannya ke sekolah-sekolah terpilih di Republik Czech.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AUTOCONT (@autocont) on

Kini 11 piano ini bertukar menjadi simbol kebanggaan dan kesatuan warga Czech atas rasa cinta dan semangat patriotik mereka demi Republik Czech.

Presiden Petrof, Zuzana Ceralova Petrofova, memuji Karel Komrek atas kemurahan hatinya setelah mengetahui tentang hal tersebut, sambil berkata beliau terkejut dengan tekad jutawan ini untuk melakukan sesuatu untuk negaranya.

Maka pihaknya telah memproses pesanan itu dengan segera dan Zuzana sangat gembira kerana piano yang mahal tersebut kini dapat diedarkan untuk kegunaan sekolah-sekolah di Republik Czech.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Petrof Pianos (@petrof_pianos_official) on

Zuzana Petrofova berkata seorang pelanggan dari Beijing tiba-tiba membatalkan pesanan bernilai 5.3 juta koruna (RM 9.84 juta) dengan memberitahu mereka mendapat tekanan dari pihak atasan Parti Komunis China yang dikhabarkan akan mengenakan sekatan ke atas produk-produk Republik Czech, dan pelanggan ini bimbang tidak mampu membayar denda yang dikenakan kerajaan.

Dilaporkan pasaran China menyumbang kira-kira 35 peratus penjualan piano keluaran syarikat Petrof dari Republik Czech yang telah ditubuhkan sejak tahun 1864.

Usahawan piano Petrof kehilangan pesanan China bernilai RM9 juta, taikun Czech beli kesemuanya sebagai sumbangan kegunaan sekolah Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...